Thursday, October 5, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Cadangan kawalan kerajaan ke atas tempat ibadat mendapat kritikan

    JAKARTA, 8 SEPT – Pertubuhan agama dan kumpulan awam telah mengkritik cadangan Agensi Pencegahan Pengganas Kebangsaan (BNPT) mengenai kerajaan mengawal dan memantau secara langsung tempat ibadat dalam memerangi fahaman ekstremis, bimbang ia boleh menyekat kebebasan beragama di negara di Indonesia.

    Ketua BNPT, Comr. Jeneral Rycko Amelza Dahniel membentangkan cadangan itu pada Isnin lalu dalam mesyuarat dengan Suruhanjaya III Dewan Rakyat yang menyelia hal ehwal undang-undang.

    Beliau menyarankan kerajaan memerlukan mekanisme baharu untuk mengawal dan memantau tempat ibadat bagi mengekang penularan fahaman ekstremis.

    Rycko berkata mekanisme yang dicadangkan itu diambil daripada pemerhatian BNPT ke atas beberapa negara termasuk Malaysia, Singapura, Oman dan Arab Saudi, di mana kerajaan mengawal orang yang boleh bekerja di rumah ibadat, terutama ketua agama dan guru. – ANN/The Jakarta Post

    Para jemaah hadir bagi menunaikan sembahyang berjemaah pada 31 Julai 2020 di Masjid Babah Alun di Cilandak, Jakarta Selatan, untuk menyambut Aidil Adha. – ANN/The Jakarta Post
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Banjir kilat bunuh 8, 23 askar hilang

    NEW DELHI, 5 OKT - Hujan lebat secara tiba-tiba mencetuskan banjir kilat kelmarin di timur laut India yang membanjiri beberapa bandar, menghanyutkan sebuah jambatan...