Cadangan kemas kini talian bantuan dipertimbang

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Cadangan bagi pengemaskinian talian bantuan mengikut kategori-kategori tertentu dalam mengawal dan memberi maklumat kepada orang ramai merupakan suatu cadangan yang akan dipertimbangkan.

Meskipun begitu, ia memerlukan pengemaskinian dari segi sistem yang lebih serba boleh disebabkan pada masa ini sahaja Talian Nasihat Kesihatan 148 mempunyai 20 lagi talian tambahan.

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar mengulas perkara itu semasa sidang media harian di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

Menyentuh mengenai pengemaskinian maklumat peribadi di BruHIMS seperti alamat tempat tinggal dan sebagainya, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menerangkan bahawa ia hanya dapat dilakukan secara fizikal di klinik atau hospital.

Ia perlu dilakukan bagi memastikan perubahan yang dibuat tersebut adalah benar dengan menyertakan bukti bersama semasa melakukan perubahan maklumat keterangan tersebut.