Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Cadangan memeriahkan lagi ibu kota

    Saya terbaca satu siaran akhbar bertajuk Bandar Seri Begawan berwajah baharu yang disiarkan dalam Media Permata bertarikh 12 Julai 2022.

    Dalam akhbar berkenaan dan beberapa sumber lain dari laman media sosial, beberapa kedai lama di sepanjang Jalan Sultan Omar Ali’ Saifuddien diberikan wajah baharu dengan dihiasi dengan cat berwarna-warni yang merupakan sebahagian usaha untuk mencantikkan ibu kota. Alhamdulillah pihak relevan sudah terbuka mata untuk memeriahkan semula bandar yang pada padangan saya sememangnya suram terutama pada waktu malam.

    Namun, persoalan saya, memadaikah mewarnakan bangunan-bangunan lama ini untuk memeriahkan bandar?

    Tujuan saya menulis surat pembaca ini adalah untuk memberikan beberapa cadangan kepada pihak relevan, pihak swasta dan orang awam tentang cara memeriahkan lagi suasana ibu kota.

    Saya seorang petugas di ibu kota dan aktif turun ke Bandarku Ceria (BKC) setiap minggu dan setentunya kawasan bandar mudah diakses sama ada di depan mahupun di belakang bangunan atau setiap lorong-lorong bangunan, namun sebenarnya banyak lagi yang perlu diselenggarakan terutama isu kebersihan.

    Setiap kali hadir ke BKC, kadang-kadang masih banyak kawasan yang kotor dengan sampah sarap walhal ketika itu masih awal pagi dan pengunjung belum ramai yang hadir.

    Perkara seterusnya mengenai keadaan kedai-kedai di kawasan bandar, kebanyakan ruang-ruang perniagaan kosong tanpa penyewa dan banyak didominasi warga asing. Ke manakah anak tempatan kita untuk tampil membuka kedai tempatan sendiri?

    Kos sewa mahal? Di sini peranan pihak relevan khususnya pemilik ba- ngunan untuk memberikan peluang kepada anak-anak tempatan dan berikan kelonggaran daripada segi harga sewa.

    Pihak relevan juga perlu melakukan pemantauan ruang-ruang kosong untuk dijadikan tempat berniaga atau galeri bagi mendukung para belia kita untuk tampil menjadi belia berwawasan. Siapa lagi kalau bukan kita untuk mendukung para belia dan jika bukan kita yang membuka peluang untuk mereka.

    Rindu BSB dulu

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...