Cadangan tegahan meluncur cetus kemarahan

SYDNEY, 18 Julai – Cadangan untuk menegah meluncur di pantai ikonik Ausralia, Pantai Bondi telah mencetuskan kemarahan di kalangan masyarakat peluncur tempatan.

Pengetatan masa ini membataskan papan luncur gentian kaca ke hujung selatan pantai Sydney. Papan luncur busa yang lebih lembut sangat popular di kalangan peluncur baharu. Kanak-kanak juga dibenarkan meluncur kecuali di dalam kawasan yang memiliki bendera, di mana tempat para penyelamat dikhaskan untuk berenang.

Namun Majlis Waverley, kerajaan setempat yang mempunyai kuasa ke atas pantai itu mendapat maklum balas daripada para penduduk berhubung rancangan untuk menamatkan perbezaan antara papan luncur keras dan lembut, dan sebaliknya mengkategorikannya sebagai ‘memiliki sirip atau tanpa sirip.’

Ini akan memaksa semua peluncur menuju ke hujung selatan pantai seluas 900 meter panjang, yang mana ombak lazimnya lebih besar dan arus berbahaya berlaku lebih kerap.

Antara 50 dan 300 orang yang meluncur di Bondi setiap hari, menurut majlis itu bahawa sebanyak 84 peratus orang di lautan itu menggunakan pantai di luar kawasan yang mempunyai bendera.

Gambar fail pada 24 Februari 2016 menunjukkan aksi dua warga tempatan melakukan peluncuran di Pantai Bondi di Sydney. Cadangan untuk menegah aktiviti meluncur di pantai ikonik Ausralia, Pantai Bondi telah mencetuskan kemarahan di kalangan masyarakat peluncur tempatan. – AFP

Para peluncur membidas cadangan itu, dengan berkata ia akan mengakibatkan kesesakan bagi kebanyakan peluncur dan juga para pengguna lain menuju ke kawasan lebih kecil, terutamanya menimbulkan bahaya bagi peluncur baharu.

“Jika mereka bersetuju dengan cadangan itu, tidak akan ada tempat bagi anak-anak kami untuk mempelajari lautan selain daripada menempatkan mereka dengan ratusan peluncur pada papan kaca bersama peluncur yang berkelakuan aneh dan mengganggu mereka,” menurut Bondi Boardriders di Facebook semalam.

Majlis Waverley hari ini menggesa supaya orang ramai bertenang, dengan mengatakan tidak ada rancangan untuk menegah kegiatan meluncur di pantai itu.

“Pada tahap ini, kami hanya mahukan maklum balas dan keputusan belum dibuat,” menurutnya dalam satu kenyataan. – AFP