Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Cadangan vaksinasi wajib warga emas Jerman ditolak

    BERLIN, 7 APRIL – Parlimen Jerman hari ini menolak cadangan yang disokong oleh kerajaan bagi pemberian vaksin mandatori untuk warga berusia 60 tahun ke atas, dalam kekalahan perit untuk parti gabungan Canselor Olaf Scholz.

    Scholz, yang pada lewat November menggembar-gemburkan pemberian suntikan wajib untuk orang dewasa sebagai jalan keluar paling pasti daripada pandemik, telah menetapkan matlamat memperkenalkan suntikan pada ‘lewat Februari atau awal Mac’.

    Tetapi cadangan itu telah senyap sejak itu, malah beberapa ahli parti liberal FDP, yang sebahagian daripada gabungan Scholz, menolak cadangan itu.

    Selepas berminggu-minggu ber-usaha untuk mencari jalan yang boleh memenangi majoriti, cadangan yang disokong oleh kerajaan untuk memberikan vaksin kepada golongan berusia 60 tahun diundi hari ini.

    Tetapi hanya 296 penggubal undang-undang yang bersetuju, sementara 378 ahli parlimen menentang cadangan tersebut.

    Kekalahan itu lebih memalukan ketika usul tersebut dikurangkan kepada hanya mereka yang berumur 60 tahun ke atas, kumpulan lebih kecil berbanding sasaran asal populasi dewasa secara umum.

    Ketika jangkitan COVID kekal tinggi, desakan untuk memberikan suntikan dalam beberapa minggu kebelakangan dilihat perlahan dengan hospital tidak terbeban.

    Jerman juga telah mengurangkan kebanyakan sekatan COVID, termasuk menghapuskan pemakaian pelitup muka di sekolah dan kedai-kedai.

    Negara jiran, Austria membuat keputusan pada Mac untuk menggantungkan suntikan mandatori bagi orang dewasa menguatkan lagi kes mereka yang menentang vaksinasi wajib. – AFP

    Cadangan Canselor Jerman, Olaf Scholz untuk memberikan vaksin mandatori ke atas golongan berusia 60 tahun ke atas telah ditolak oleh parlimen negara itu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...