Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Cadangan yuran AS$8 sebulan untuk akaun ‘blue tick’ Twitter

WASHINGTON, 2 NOV – Jutawan teknologi Amerika, Elon Musk mencadangkan kelmarin mengenai bayaran AS$8 sebulan akan dikenakan bagi akaun ‘blue tick’ Twitter.

“Sistem semasa Twitter bagi sesiapa yang mempunyai atau tidak mempunyai tanda semak biru merupakan omong kosong. Kuasa kepada rakyat! Biru untuk $8/bulan,” tulis Musk pada platform yang dimilikinya sekarang.

Menurut Agensi Anadolu, beliau berkata yuran langganan itu ‘diselaraskan mengikut negara yang berkadar dengan kuasa beli’.

Pengguna akan mendapat keutamaan dalam balasan, sebutan dan carian, yang katanya penting untuk mencegah spam dan penipuan.

Pemilik tanda itu juga akan mempunyai keupayaan untuk menyiarkan video dan audio yang panjang dan hanya melihat separuh daripada iklan yang disiarkan, katanya.

Ia juga akan mempunyai “laluan untuk melepasi paywall untuk penerbit yang bersedia bekerjasama dengan kami,” katanya dalam hantaran Twitter.

Musk pada mulanya berdepan kritikan kerana rancangannya untuk mengenakan bayaran AS$19.99 sebulan kepada pengguna untuk mendapatkan atau menyimpan akaun yang disahkan.

Pengambilalihan Twitternya telah mencetuskan perdebatan mengenai kebebasan bersuara berbanding bahaya dalam talian, dengan Musk sebelum ini mengkritik dasar kesederhanaan Twitter dan menuduh platform itu berat sebelah terhadap pandangan berhaluan kiri.

Musk belum lagi memperincikan rancangan tepat untuk visi Twitternya namun beliau dijangka melonggarkan peraturan penyederhanaan serta mengurangkan kakitangan syarikat secara menyeluruh. – Bernama

Gambar fail menunjukkan Elon Musk bercakap semasa pelancaran Model Y Tesla baharu di Hawthorne, California. Musk mencadangkan bayaran AS$8 sebulan akan dikenakan bagi akaun ‘blue tick’ Twitter. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -