Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Caely bakal wujudkan usaha sama di Indonesia

    GEORGE TOWN, 6 FEB – Caely Holdings Bhd yang tersenarai di Pasaran Utama, Bursa Malaysia berharap dapat merealisasikan usaha sama (JV) di Indonesia tahun ini untuk meningkatkan kapasiti pengeluarannya bagi menampung permintaan global yang semakin meningkat bagi pakaian dalam.

    Ketua Pegawai Eksekutif, Gok Ching Hee berkata syarikat sedang memuktamadkan terma dan syarat perjanjian dengan bakal rakan kongsi JV tersebut, yang kemudian akan melabur untuk kilang di republik itu.

    “Rakan kongsi JV kami akan melabur untuk kilang itu, yang mungkin siap pada Mei atau Jun tahun ini. Kami menyasar untuk menandatangani perjanjian JV pada akhir Mac,” katanya kepada Bernama.

    Beliau berkata destinasi eksport utama Caely untuk produk pakaian dalam di bawah pengeluar barangan tulen (OEM) ketika ini ialah Jerman, Amerika Syarikat dan Kanada, namun, baru-baru ini pihaknya mula mendapat lebih banyak pertanyaan daripada syarikat di Turki, Perancis dan Australia.

    Pertanyaan syarikat berkenaan sudah menggandakan kapasiti pengeluaran sedia ada Caely, yang mendorong keputusan syarikat untuk berkembang lagi, dengan kilang di Indonesia disasarkan untuk meningkatkan kapasiti sebanyak tiga kali ganda berbanding dengan kilang di Teluk Intan, Perak, katanya.

    “Kami percaya jumlah pesanan yang besar yang kami terima baru-baru ini adalah disebabkan syarikat-syarikat berkenaan beralih daripada mendapatkan produk mereka dari China dan kami mendapat manfaat daripada perang perdagangan di arena antarabangsa,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...