Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

CAF sokong Piala Dunia dianjur dwitahunan

-

KAHERAH, 26 NOV – Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) pada hari ini memberikan sokongannya terhadap ‘keputusan Kongres FIFA untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan’ untuk anjuran Piala Dunia setiap dua tahun.

CAF adalah konfederasi pertama yang meluluskan secara rasmi pelan kontroversi untuk mengadakan Piala Dunia setiap dua tahun, pada tempoh yang sama dengan kejohanan Piala Negara-Negara Afrika.

Konfederasi itu, pada mesyuarat agung tahunan di Kaherah, juga mengundi menyokong penubuhan Liga Super untuk kelab Afrika.

FIFA akan mengadakan sidang kemuncak pada Disember dengan presiden Gianni Infantino masih menaruh harapan untuk mencapai persetujuan mengenai rancangan untuk menganjurkan kejohanan lelaki lebih kerap berbanding kitaran empat tahun sekarang.

Ia merupakan topik hangat memandangkan pelbagai pihak yang terlibat, di antara kelab dan pasukan kebangsaan, liga tempatan dan pertandingan antarabangsa.

Timbulnya tentangan yang diterima daripada liga, pemain dan kumpulan penyokong yang mempercayai peluang penganjuran Piala Dunia dua tahun sekali sebenarnya adalah amat tipis.

Piala Dunia telah dilangsungkan setiap empat tahun, selain pembatalan semasa Perang Dunia Kedua, sejak edisi khas pada 1930.

Cadangan baharu itu dikemukakan oleh Arsene Wenger, ketua pembangunan global FIFA.

Piala Dunia semakin berkembang pesat, versi lelaki meningkat kepada 48 pasukan dari 2026 dan wanita kepada 32 pasukan dari 2023. – AFP

Orang ramai mengerumuni jam detik pelancaran yang menunjukkan masa sehingga pelancaran Piala Dunia 2022 di Doha, Qatar pada 25 November 2021. Piala Dunia dijangka bermula pada November 2022. – AP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -