Tuesday, October 8, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cagliari mohon maaf kepada Matuidi

    ROME, 8 Jan – Kelab Serie A, Cagliari kelmarin memohon maaf kepada Blaise Matuidi kerana ejekan perkauman peminatnya ke arah pemain sayap Juventus semasa juara Itali itu menang 1-0 di Sardinia pada Sabtu lalu, kali kedua dia menerima ejekan perkauman itu dalam beberapa minggu ini.

    Menulis dalam bahasa Perancis di akaun Twitter mereka, Cagliari meminta maaf atas ejekan itu, yang berlaku lewat pada separuh masa pertama pertemuan tegang di Arena Sardegna berikutan pertelingkahan antara Matuidi dan pemain pertahanan Cagliari.

    “Anda seorang pemain yang hebat dan contoh kepada pemain muda, kami mahu memohon maaf kepada anda jika anda dihina kerana warna kulit anda di Arena Sardegna,” kata kelab itu.

    Reaksi pemain tengah Perancis dan Juventus, Blaise Matuidi ketika memasuki padang pada perlawanan menentang Cagliari Calcio pada 6 Januari lalu. – AFP

    “Peminat Sardinia tidak mahu berbuat apa-apa dengan perkauman itu. Hanya mereka jahil yang faham kelakuan itu. Hormat.”

    Selepas mendengar ejekan perkauman itu, Matuidi bergegas ke arah pengadil Giampaolo Calvarese tetapi pengadil itu tidak menghiraukan rayuan pemain antarabangsa Perancis untuk campur tangan dan Medhi Benatia dan Paulo Dybala terpaksa menenangkan rakan sepasukannya itu.

    “Hari ini saya mengalami ejekan perkauman semasa pertandingan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda