SYDNEY, 7 Feb – Tim Cahill dari Australia memohon maaf kerana mengejek pengadil selepas dia diarah meninggalkan padang sebelum beraksi dalam persaingan Melbourne minggu lalu.
Bekas pemain penyerang Everton itu, yang sekarang beraksi bersama Melbourne City, baru hendak memasuki padang untuk menjadi pemain gantian apabila dia bercakap kepada pengadil berikutan kemenangan kontroversi Melbourne Victory.
“Saya memohon maaf kepada (pengadil) Chris Beath bagi reaksi saya,” kata penjaring terbanyak sepanjang masa Australia itu menerusi Instagram lewat semalam.
“Sikap saya juga menjejaskan perlawanan jadi saya memohon maaf kepada pasukan, kepada Melbourne Victory dan kepada semua peminat dalam perlawanan itu dan yang menonton di rumah.
“Tidak mengira apa pun berlaku di atas padang, saya perlu menghormati permainan dan pengadil. Saya mahu sukan ini berkembang di Australia dan saya mahu melakukan yang termampu untuk membantu ianya berlaku.
“Tidak mengira kedudukan, saya perlu meletakkan contoh dan bertanggungjawab atas kenyataan dan tindakan saya.”
Ketegangan berlaku lewat perlawanan selepas Victory menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit untuk kemenangan 2-1, yang disudahi oleh jaringan sendiri dari Manny Muscat yang dikatakan ofsaid.
Termasuk penggantungan satu perlawanan terhadap Cahill, Melbourne City mempunyai enam pemain yang digantung bagi perlawanan A-League mereka seterusnya dan ketujuh, penjaga gol, Dean Bouzanis, yang dilihat menyertai mereka.
Bouzanis menghadapi dakwaan menggunakan ulasan perkauman ke atas pemain penyerang Victory dari Albania, Besat Berisha. Kamera TV dua kali merakamnya menggelar Berisha ‘gipsi’.
Bouzanis dan Melbourne City mengeluarkan permohonan maaf secara peribadi dan formal kepada Berisha dan Melbourne Victory terhadap ulasan penjaga gol itu. – AFP