LOS ANGELES, 11 FEB – Satu gelombang haba membawa suhu amat tinggi ke California semalam, mencetuskan kebakaran belukar.
Peramal cuaca mengeluarkan amaran gelombang haba untuk negeri yang mempunyai penduduk paling ramai di Amerika Syarikat (AS) sehingga Ahad, mengingatkan merkuri mungkin mencecah kemuncak 32 darjah Celsius di Los Angeles, jauh lebih tinggi daripada purata untuk musim sejuk.
California, sama dengan kebanyakan negeri barat AS, sedang mengalami kemarau teruk dan cuaca tidak menentu yang dikatakan oleh ahli sains diburukkan lagi oleh perubahan iklim buatan manusia.
‘Jika awda memanaskan planet, awda akan memecah rekod cuaca panas,” kata ahli geografi Justin Mankin dari Kolej Dartmouth.
Gelombang haba dijangka berterusan sehingga hujung minggu, apabila Los Angeles dijangka menganjur Super Bowl, acara final bola sepak Amerika.
Di San Diego, berhampiran sempadan Mexico, suhu juga dijangka mencecah 90 darjah Fahrenheit.
Di utara California, makmal Berkeley AS di tengah rantau Sierra mencatat satu lagi rekod 32 hari berturut-turut tanpa hujan, tempoh paling lama tanpa kerpasan pada musim sejuk.
Bulan Disember yang lebih basah daripada biasa di seluruh negeri telah memberikan harapan kemarau sepanjang tahun mungkin berkurangan, namun cuaca 2022 adalah kering.
Sementera peluncur ski berseronok di pantai California, puluhan penduduk terpaksa melarikan diri dari rumah mereka semalaman di Pantai Laguna, di mana satu kebakaran telah memusnahkan kawasan seluas 145 ekar. – AFP