California lepasi 400,000 kes COVID-19

LOS ANGELES, 22 JULAI – Kes COVID-19 disahkan di California, negeri paling ramai penduduk di Amerika Syarikat sudah melepasi 400,000 semalam, lapor agensi berita Xinhua.

Laporan harian dikeluarkan Jabatan Kesihatan Awam California menunjukkan lonjakan kes harian sebanyak 9,231 kerana kadar positif dan kemasukan ke hospital meningkat. – Bernama