Calon PM Britain mulakan kempen

LONDON, 10 JUN – Persaingan untuk mengganti Theresa May sebagai bakal pemimpin Britain dilancarkan hari ini, dengan  calon yang disebut-sebut akan menang, Boris Johnson menghadapi kritikan dari Paris berhubung pelan Brexit beliau dan pesaing utama yang bergelut untuk menghapus skandal dadah.

Sebelas calon telah mengumumkan minat mereka untuk mengganti May, yang meletak jawatan sebagai ketua parti Konservatif pada Jumaat lalu disebabkan kegagalannya untuk keluar dari Kesatuan Eropan (EU) tepat pada masanya.

Beliau akan kekal menjadi perdana menteri sehingga pemimpin baharu dipilih, mungkin pada akhir Julai, dan mereka secara automatik akan memasuki Downing Street.

Perlumbaan telah dikuasai oleh pengeluaran Britain dari EU pada 31 Oktober, dengan Johnson di antara mereka yang mengamal dasar keras tentang keperluan untuk merunding semula syarat-syarat yang dicapai oleh May atau meninggalkan EU tanpa perjanjian.

Namun janji beliau yang enggan membayar penyelesaian kewangan bernilai berbilion euro yang telah dipersetujui oleh beliau, meliputi liabiliti Britain hasil empat dekad menjadi ahli EU, menerima kritikan dari Paris.

“Tidak menunaikan kewajipan bayaran adalah satu pencabulan komitmen antarabangsa yang bersamaan dengan kegagalan membayar hutang, dengan kesan yang kami ketahui,” beritahu sumber yang rapat dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron kepada AFP. – AFP