Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Calon presiden enggan sokong kempen pilihan raya Robredo

    MANILA, 17 APRIL – Tiga pesaing bagi calon presiden Filipina kepada Leni Rebredo enggan menyokong kempennya hari ini, meredakan spekulasi mereka akan menarik diri daripada persaingan untuk memperbaiki peluangnya untuk menewaskan anak bekas diktator, Ferdinand Marcos.

    Tinjauan undian menunjukkan Robredo berada jauh ketinggalan di tempat kedua di belakang Marcos Jr, tetapi kejadian yang berlaku baru-baru ini dalam undian dan jumlah yang ramai dalam perhimpunannya telah meningkatkan harapan di kalangan penyokongnya bahawa kempen semakin mendapat sambutan.

    Terdapat spekulasi bahawa calon yang berprestasi lebih buruk mempertimbangkan untuk menarik diri dan menyokong Rebredo – penyandang naib presiden dan satu-satunya calon wanita dapat perlumbaan ini – untuk memastikan Marcos Jr dikalahkan dalam pilihan raya 9 Mei.

    Tinjauan terkini Pulse Asia Research menunjukkan Robredo meraih 24 peratus dengan Marcos Jr mendapat 56 peratus undian.

    Tetapi semasa sidang media hari ini, Francisco Domagoso, Panfilo Lacson dan Norberto Gonzalez – yang mendapat undian satu digit atau kurang – mendakwa Robredo cuba membuatkan mereka menarik diri dan membatalkan sokongan.

    “Kami akan meneruskan kempen presiden masing-masing,” kata Domagoso, datuk bandar selebriti, memberitahu wartawan di Manila.

    “Saya menggesa Leni untuk menarik diri kerana apa sahaja yang dilakukannya tidak memberikan kesan ke atas Marcos.” – AFP

    Calon presiden Filipina, Francisco Domagoso, Norberto Gonzalez dan Panfilo Lacson semasa sidang media di sebuah hotel di Manila. Ketiga-tiga calon presiden itu enggan menyokong Leni Robredo dalam kempennya untuk menewaskan Marcos Jr. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...