Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Cameroon mara ke pusingan suku akhir AFCON

    YAOUNDE, 25 JAN – Pasukan tuan rumah, Cameroon berjaya menempah tempat dalam suku akhir Piala Negara-Negara Afrika menentang Gambia tetapi selepas berhempas-pulas untuk menang 2-1 ke atas Comoros yang terpaksa bermain tanpa penjaga gol sebenar dan bermain dengan 10 pemain bagi hampir keseluruhan perlawanan.

    Pemain bek kiri, Chaker Alhadhur memulakan permainan sebagai penjaga gol untuk Comoros di Yaounde selepas dua daripada tiga penjaga gol mereka diketepikan kerana COVID-19 sementara seorang lagi mengalami kecederaan.

    Kemudian, ketua pasukan mereka, Nadjim Abdou dibuang padang seawal minit ketujuh, dan Karl Toko-Ekambi meletakkan Cameroon di hadapan sebelum pemain penyerang, Vincent Aboubakar menjaringkan gol keenamnya dalam saingan tersebut.

    Walaupun dengan prestasi cemerlang ditunjukkan oleh Comoros, berjuang untuk kekal bersaing di kelompok 16 terakhir sehingga ke penghujung perlawanan menerusi jaringan sepakan percuma dari Youssouf M’Changama.

    “Saya tidak fikir diri saya satu-satunya penyelamat. Saya buat apa yang termampu. Saya fikir memberikan harapan kepada pasukan dan mereka akan berusaha membantu saya,” kata Alhadhur, yang selalunya beraksi sebagai bek kiri gantian untuk pasukan Ajaccio di Ligue 2 Perancis, kepada penyiar Canal Plus.

    Dia terpaksa menggunakan pita untuk menandakan nombor tiganya di belakang jersi penjaga golnya.

    Mengenai dipilih untuk menjadi penjaga gol, dia menambah, “Ia adalah sesuatu yang pada mulanya kami tidak bercakap banyak dan ketawa, tetapi kemudian ia menjadi perkara serius.

    “Saya telah terpilih tetapi saya tidak mempercayainya sehingga saya memakai sarung tangan dan baju. Kemudian saya menyedari bahawa ia adalah serius. Terdapat banyak perasaan yang bercampur baur dalam kepala saya tetapi kemudian saya hanya teruskan bermain.” – AFP

    Reaksi Vincent Aboubakar meraikan jaringan gol kedua semasa perlawanan pusingan 16 Piala Negara-Negara Afrika 2022 antara Cameroon dan Comoros di stadium Olembe di Yaounde, 24 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...