Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Cameroon pasukan pertama lepasi peringkat kumpulan

    YAOUNDE, 14 JAN – Pasukan tuan rumah, Cameroon menjadi pasukan pertama yang melayakkan diri ke peringkat penyingkiran Piala Negara-Negara Afrika kelmarin selepas kapten Vincent Aboubakar dan Karl Toko-Ekambi masing-masing menjaringkan gol dalam 4-1 membelasah Ethiopia di Yaounde.

    Ia adalah perlawanan yang menghiburkan selepas pusingan pertama peringkat kumpulan yang hanya mencatat 12 gol daripada 12 pertemuan, empat daripadanya adalah sepakan penalti.

    Cameroon adalah satu-satunya daripada 24 pasukan yang berjaya menjaringkan lebih daripada satu gol dalam perlawanan pertama mereka apabila sepakan Aboubakar menewaskan Burkina Faso 2-1 pada Ahad lalu.

    Cameroon kembali mengganas di Stadium Olembe, Yaounde, walaupun hanya selepas Dawa Hotessa memberikan Ethiopia pendahuluan yang mengejutkan.

    Pemain penyerang Lyon, Toko-Ekambi segera menyamakan kedudukan dan kemudian Aboubakar telah menambah gol awal di separuh masa kedua sebelum Toko-Ekambi menyempurnakan kemenangan itu.

    “Kami bermain dengan baik tetapi masih lagi perlu memperbaiki pertahanan kami. Perlawanan hanya akan semakin sukar,” kata jurulatih Cameroon dari Portugal, Toni Conceicao. – AFP

    Aksi Vincent Aboubakar menjaringkan gol semasa perlawanan Piala Negara-Negara Afrika 2022 kumpulan A antara Cameroon dan Ethiopia di stadium Ahmadou Ahidjo di Yaounde, Cameroon, 13 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...