Cameroon siasat penipuan pilihan raya

YAOUNDE, 12 JULAI – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Cameroon (CONAC) akan memulakan kempen untuk menyiasat sebarang penipuan dalam pilihan raya yang diadakan di negara ini, lapor agensi berita Xinhua.

Kempen bermula dari 22 Julai hingga 4 Ogos, kata presiden CONAC Dieudonne Massi Gams.

“Kita mahu memastikan negara memilih wakil yang berwibawa dan mematuhi undang-undang demi kemakmuran Cameroon. Itulah matlamat utama kempen ini,” kata Gams pada sidang media di Yaounde kelmarin.

Kempen lebih dikenali sebagai ‘Roadshow’ itu melibatkan ativiti luar, bertujuan mewujudkan kesedaran mengenai penipuan pilihan raya di kalangan rakyat. – Bernama