Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Cameroon Smith sah sertai Siri Golf LIV

    WASHINGTON, 28 OGOS – Juara Terbuka British, Cameron Smith dari Australia adalah antara pemain jelajah PGA AS akan berpaling tadah ke saingan Siri Golf LIV yang disokong oleh Arab Saudi, menurut beberapa laporan kelmarin.

    Pemain nombor dua dunia, Smith telah menjadi tumpuan beberapa laporan mengenai penyertaannya ke LIV Golf sejurus selepas menjulang Claret Jug bulan lepas, tetapi dia mengelak untuk berbincang setelah menjadi perhatian semasa bermain dalam playoff Piala FedEX PGA bulan ini.

    Saluran Golf, ESPN dan Sports Illustrated memetik sumber yang tidak dinyatakan dalam laporan bahawa beberapa pemain ternama PGA sedang menunggu sehingga selesainya Kejohanan Jelajah PGA di Atlanta pada Ahad untuk mengumumkan rancangan mereka untuk menyertai LIV Golf.

    Pemain Chile, Mito Periera juga akan meninggalkan LIV Golf namun ia tidak pasti menyertai acara di Boston, menyebabkan ketidakpastian untuk Piala Presiden bulan depan di Charlotte, Utara Carolina.

    Record LIV Golf bernilai $25 juta dan format 54 lubang menarik perhatian beberapa pemain terkenal ke siri baharu, termasuk Phil Mickelson, Bryson DeChambeau, Brooks Koepka, Sergio Garcia, Henrik Stenson, Lee Westwood, Ian Poulter, Patrick Reed dan Dustin Johnson.

    “Saya dipilih oleh pemain kami untuk mengetuai pasukan antarabangsa dan akan melakukan sebaik mungkin, dan saya akan melaksanakan penghormatan ini sepenuhnya,” kata kapten pasukan antarabangsa, Trever Immelman dari Afrika Selatan.

    “Apa yang saya boleh kawal ialah pengalaman yang akan dimiliki oleh 12 pemain yang mahu berada di Piala Presiden.”

    Smith dan Niemaann adalah antara pemain yang layak untuk skuad kebangsaan. Immelman dijangka dapat menggantikan mana-mana pemain yang tidak tersedia yang menjadikan pasukan itu dengan mata dengan pilihan kapten tambahan. – AFP

    Aksi Smith semasa melakukan pukulan semasa pusingan ke dua Jelajah Pertandingan Golf di Kelab East Lake Golf pada 26 Ogos lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...