Cameroon tetapkan pilihan raya majlis perbandaran

YAOUNDE, 8 SEPT – Presiden Cameroon Paul Biya kelmarin menandatangani dekri bagi menetapkan pilihan raya majlis perbandaran pertama, diadakan pada 6 Disember, lapor agensi berita Xinhua.

Pilihan raya yang julung kali itu bakal berlangsung di 58 bahagian di bandar-bandar besar untuk memilih anggota Majlis Perbandaran masing-masing.

Pilihan raya ini tidak pernah diadakan, walaupun perkara mengenainya terkandung dalam perlembagaan negara sejak bertahun lamanya.

Pemerhati tempatan menyifatkan pilihan raya itu sebagai langkah untuk mempercepat proses pengagihan kuasa pusat di samping membantu mengakhiri krisis pemisah di dua wilayah di barat laut dan barat daya. – Bernama