Camila Cabello ajak orang ramai bantu masyarakat Syria

Penyanyi Camila Cabello baru-baru ini menyambut hari jadi yang ke-23 tahun pada Selasa lalu.

Cabello mengucapkan terima kasih dan mengajak orang ramai untuk membantu masyarakat Syria.

“Terima kasih semua, saya benar-benar menyayangi anda dan saya sangat bersyukur.

“Untuk hari jadi kali ini saya ingin menumpukan kepada salah satu krisis kemanusiaan yang paling buruk yang terjadi di dunia sekarang ini di Syria,” katanya.

Penyanyi lagu Havana itu juga memberitahu bagaimana situasi di Syria pada ketika ini.

Camila Cabello mengajak orang ramai untuk membantu kanak-kanak dan keluarga Syria yang kini dalam kesusahan. – Agensi

“Seramai 950,000 orang telah dipaksa untuk melarikan diri dari rumah kerana keganasan di Idlib. Sesetengahnya hanya berbekalkan beberapa alas pakaian sahaja.

“Kebanyakan mereka adalah kanak-kanak.

“Sekarang, mereka tinggal di kem pengasingan dalam suhu sejuk. Mereka bergelut dalam kesukaran meneruskan hidup antara mati akibat bom atau suhu sejuk,” katanya lagi.

Tambahan pula, Cabello menjelaskan bahawa Save the Children berfungsi untuk menyediakan makanan, selimut untuk keluarga yang tidak ada tempat tinggal.

Oleh itu, Cabello mengajak orang ramai untuk membantu kanak-kanak dan keluarga yang dalam kesusahan.

“Jadi untuk hari jadi saya, ini akan banyak memberi kesan kepada saya jika anda mempertimbangkan untuk menyokong Save the Children untuk krisis kemanusiaan ini,” ujarnya. – Agensi