Camila Cabello belajar erti cinta sejak kenali Shawn Mendes

Penyanyi Camila Cabello mendedahkan dia mempunyai masalah kebimbangan yang melampau dan ketakutan terhadap dirinya sendiri.

Malah Camila juga menggangap media sosial hanya tempat untuk berkongsi kesempurnaan hidup yang menyebabkan seseorang itu berasa sepi dan terasing.

“Saya selalu berdepan dengan masalah ketakutan, kebimbangan yang serius, cara pemikiran saya sendiri dan kepercayaan saya mengenai sesuatu kehidupan.

“Bagi saya kadang-kadang kehidupan tidak semudah apa yang kita lihat dari gambar.

Saya rasa media sosial terlalu banyak terdedah dengan kesempurnaan yang menyebabkan seseorang itu rasa dirinya sunyi dan pelik daripada orang lain,” katanya.

Camila berkongsi mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya.

Selain itu, Camila turut mengakui dia banyak belajar mengenai cinta sejak mengenali teman lelakinya yang juga penyanyi Shawn Mendes.

“Saya banyak belajar mengenai cinta sejak kenal lelaki ini (Shawn Mendes).

Bukan sahaja saat bahagia ketika dalam hubungan tetapi saya berasa dia seperti cermin yang menggambarkan diri saya,” ujarnya.

Sebelum ini, Shawn terbuka berkongsi mengenai hubungan mereka dan menganggap Camila merupakan wanita pertama yang membuatkan dia dilamun cinta.

Camila dan Shawn mula menjalinkan hubungan rapat sejak Julai tahun lalu. – Agensi

Camila dan Shawn bercinta sejak Julai lalu. – Agensi