Camila Mendes tidak lagi sorok hubungan cinta dengan jurugambar

Setelah beberapa bulan mencetuskan tanda tanya, akhirnya pelakon Camila Mendes mengesahkan dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan jurugambar yang dikenali sebagai Grayson Vaughan.

Camila mendedahkan perkara itu dengan memuat naik foto mesra bersama teman lelakinya itu dengan kapsyen romantik di laman Instagram.

“Jenis hubungan cinta jarak jauh,” tulis Camila secara ringkas.

Rata-rata peminatnya meluahkan rasa teruja dengan berita gembira tersebut dan berharap pasangan itu kekal sampai bila-bila.

Hubungan cinta pelakon drama bersiri Riverdale itu dengan kekasihnya mula menjadi perhatian selepas foto mereka bersama dirakam sekitar Jun dan Ogos lalu. – Agensi

Camila terbuka berkongsi mengenai hubungan cintanya dengan jurugambar, Grayson. – Agensi