Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Camilla positif COVID-19

    LONDON, 14 FEB – Camilla, Duchess of Cornwall, telah diuji positif COVID-19 beberapa hari selepas suaminya Putera Charles, kata pejabat mereka di London hari ini.

    Camilla, 74, sedang menjalani pengasingan diri, kata jurucakap Clarence House, selepas mengumumkan pada Khamis bahawa Charles juga telah diuji positif dan menjalani pengasingan di kediaman.

    Insiden itu mencetuskan kebimbangan mengenai sama ada pewaris takhta Britain itu mungkin telah menjangkiti virus kepada bondanya Ratu Elizabeth II, yang telah mengadakan perjumpaan dua hari sebelumnya.

    Charles dan Camilla telah menerima suntikan dos penggalak dan menggesa orang
    awam melakukan yang sama. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...