KUWAIT, 8 Feb – Timbalan Menteri Luar Kuwait, Khaled Suleiman Al-Jarallah mengesahkan semula kelmarin, sebarang campur tangan asing dalam hal ehwal Yaman, hanya akan memanjangkan lagi krisis dan penderitaan penduduk Yaman.
“Campur tangan kuasa-kuasa asing boleh memburukkan situasi yang sudah rumit di negara jiran Yaman,” katanya mengulas keterangan baru-baru ini oleh Presiden Yaman, Abd Rabbuh Manour Hadi mengenai campur tangan Iran di Yaman.
Al-Jarallah membuat kenyataan akhbar itu sementara menghadiri satu sambutan di Kedutaan Iran bagi menyambut hari kebangsaan negara itu.
Negara Kuwait telah menghoskan rundingan damai pada 21 April dan 6 Ogos 2016 sebagai sebahagian daripada usaha untuk mencapai penyelesaian yang diterima kedua-dua belah pihak mengenai krisis itu.
Mengulas mengenai pada panggilan kedutaan Rusia ke Kuwait, bagi kerjasama strategik keselamatan Teluk Rusia, Al-Jarallah berkata, Majlis Kerjasama Teluk dan Rusia, telah mengadakan dialog strategik yang boleh memberikan alasan untuk mengambil kira inisiatif baru.
Pusingan mendatang dialog strategik Rusia-GCC, boleh membincangkan daya maju kerjasama Rusia-Teluk, dan kemungkinan impaknya dalam kepentingan kedua-dua pihak, tambahnya. – AFP