Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Canberra sambut baik pembebasan ahli ekonomi

    CANBERRA, 17 NOV – Australia menyambut baik laporan hari ini bahawa pihak berkuasa Myanmar membebaskan ahli ekonomi Australia Profesor Sean Turnell selepas hampir dua tahun dipenjarakan oleh junta tentera Myanmar.

    Menurut agensi Anadolu (AA), Menteri Luar Penny Wong mengalu-alukan berita itu dan menyatakan di Twitter, “Profesor Turnell terus menjadi keutamaan kami. Oleh itu, kami tidak akan mengulas lanjut pada peringkat ini.”

    Kenyataan itu dibuat selepas media melaporkan junta tentera negara itu membebaskan lebih 5,700 banduan, termasuk Turnell, bekas Duta Besar Britain, Vicky Bowman dan suaminya Ko Htein Lin, dan penerbit filem Jepun, Toru Kubota.

    Pengampunan itu, yang diumumkan sempena memperingati Hari Kebangsaan Myanmar hari ini, menyaksikan pembebasan 5,744 banduan, termasuk mereka yang ditahan mengikut Seksyen 505a Kanun Keseksaan kerana menghasut selepas rampasan kuasa tahun lalu, menurut penyedia perkhidmatan berita tempatan Myanmar Now.

    Turnell ialah penasihat ekonomi kepada pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi apabila tentera mengambil alih pemerintahan dalam rampasan kuasa pada 1 Februari 2021 dan menahannya.

    Pada September lalu, mahkamah junta tentera Myanmar menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas ahli ekonomi Australia itu atas tuduhan melanggar akta rahsia rasmi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...