Tuesday, November 28, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Candelier bercorak Southern Cross

    Oleh Amri HTZ –

    Minat terhadap bidang astronomi berkaitan kajian cakerawala seperti planet, galaksi dan bintang-bintang sering kali ditanamkan ke dalam diri kanak-kanak masa kini melalui persatuan dan sebagainya.

    Bidang kajian mengandungi sains, matematik, agama dan lainnya amat sesuai untuk perkembangan pembelajaran mereka memandangkan ia multidisiplin. Oleh itu bagi menambah lagi minat kanak-kanak dalam bidang tersebut, projek ini akan membawa awda menelusuri langkah pembuatan candelier yang melambangkan bintang-bintang dalam Southern Cross.

    Barangan diperlukan

    • Mesin jig atau scroll
    • Mesin pemotong kayu
    • Kertas A4
    • Papan lapis
    • Laminat
    Wood filler
    • Gam silikon
    • Alat pengapit
    • Skru
    • Mekanisme lampu

    Mulakan langkah pembuatan

    Kertas A4 yang tersedia terlebih dahulu akan dicantumkan pada bahagian sisinya untuk membentuk kertas lakaran lebih besar. Bahagian permukaan yang dilekatkan dengan pita perekat akan berada pada bahagian belakang kertas. Sementara bahagian depannya akan dilakar dengan corak diperlukan mengandungi Southern Cross (enam biji lampu melambangkan bintang) termasuk beberapa bahagian kecil untuk mencantumkannya yang diletakkan di bahagian tengah rekaan. (gambar 2)

    Memandangkan dua bentuk sama diperlukan (untuk bahagian atas dan bawah lampu), bentuk rekaan yang bakal dilakar pada papan lapis perlulah mempunyai ukuran yang sama rata. Templat sama akan digunakan bagi mendapatkan ukuran yang sama. Bentuk tersebut kemudiannya akan ditiru bahagian luarannya pada permukaan papan lapis. Potong lakaran menggunakan mesin jig bagi bentuk berukuran besar. Sementara lubang-lubang kecil untuk mencantumkan rekaan, gunakan gergaji scroll secara manual. (gambar 3)

    Setelah kesemua bahagian dipotong, bersihkan permukaan potongan menggunakan kertas pasir, pahat kayu atau kikir kayu terutamanya bahagian lubang-lubang kecil cantuman.

    Gambar 1. – Gambar oleh Logan Wilson
    Gambar 2. – Gambar oleh Logan Wilson
    Gambar 3. – Gambar oleh Logan Wilson
    Gambar 4. – Gambar oleh Logan Wilson
    Gambar 5. – Gambar oleh Logan Wilson
    Gambar 6. – Gambar oleh Logan Wilson
    Gambar 7. – Gambar oleh Logan Wilson
    Gambar 8. – Gambar oleh Logan Wilson
    Gambar 9. – Gambar oleh Logan Wilson
    Gambar 10. – Gambar oleh Logan Wilson
    Gambar 11. – Gambar oleh Logan Wilson
    Gambar 12. – Gambar oleh Logan Wilson

    Memandangkan rekaan akan dicantumkan dengan cara susun suai gambar (seperti jigsaw puzzle), perlunya setiap bahagian mempunyai ukuran yang bersesuaian. (gambar 4)

    Cantum rekaan

    Setiap bahagian yang telah dipotong kemudiannya akan dicantumkan menjadi satu menggunakan gam kayu. Bagi memastikan cantuman kekal pada kedudukan, gunakan sesuatu yang berat untuk memberikan bebanan ke atasnya. Dalam langkah ini, kepingan besi pemberat digunakan. (gambar 5)

    Potongan kecil kayu untuk mencantumkan bahagian atas dan bawah rekaan kemudiannya akan dikekalkan menggunakan gam kayu. Setiap bahagian tengahnya peru dipastikan berlubang. Ruangan tersebut penting untuk laluan pendawaian lampu. (gambar 6)

    Ini akan diikuti dengan pemasangan mekanisme lampu pada bahagian dalam rekaan termasuk pendawaian. Tetapkan kaki lampu menggunakan skru atau gam silikon. Bagi bahagian permukaan yang terlalu kecil untuk kaki lampu, awda boleh memotong bahagian sisinya dengan cara menandakannya sebelum memotongnya. (gambar 7)

    Untuk menutup bahagian sisi rekaan, laminat akan digunakan. Laminat yang telah dipotong mengikut lebar yang diperlukan akan dimuatkan pada bahagian sisi kayu menggunakan pita perekat dan pengapit untuk sementara bagi membolehkan kedudukannya disesuaikan. (gambar 8)

    Bagi permukaan yang melengkung, ia perlu dibentuk menggunakan heat gun. Gunakan material berbentuk bulat seperti bekas makanan daripada besi dibantu dengan alat pengapit. Panaskan bahagian laminat sehingga menjadi lembut, kemudian apit pada bekas berbentuk bulat. (gambar 9)

    Laminat yang telah berjaya dibentuk kemudiannya akan dikekalkan pada kedudukannya menggunakan gam silikon. Bantuan pita perekat dan alat pengapit juga diperlukan pada langkah ini sementara menunggu gam mengering. (gambar 10)

    Simen dan cat

    Permukaan yang tidak sempurna disebabkan cantuman yang kurang ketat akan ditutupi menggunakan wood filler atau Bondo. Sapu sedikit wood filler pada permukaan kayu dan gosok rata setelah ia mengering. (gambar 11)

    Keseluruhan permukaan pada akhirnya akan disemburkan dengan cat berwarna hitam bagi melambangkan ruangan angkasa pada waktu malam. Sekurang-kurangnya dua lapisan cat diperlukan untuk memastikan cat benar-benar sekata.

    Tips pembuatan

    Wood filler yang telah disapukan akan digosok dalam keadaan kering menggunakan kertas pasir berukuran 300 grit.
    • Berikan masa sehingga lapisan cat pertama mengering sebelum menyemburkan lapisan kedua.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...