Cantlay diundi Pemain Terbaik Tahunan Jelajah PGA

NEW YORK, 15 SEPT – Patrick Cantlay telah diundi sebagai Pemain Terbaik Tahunan Jelajah PGA oleh rakan pesaingnya, meraih Anugerah Jack Nicklaus yang bakal menyaksikan para pemain menghargai memenangi Piala FedEx.

Tahun yang meyakinkan buatnya pada tahun ini dan semakin bertambah penting dalam dua minggu terakhir musim ini apabil Cantlay memenangi playoff enam lubang di Kejohanan BMW mengatasi Bryson DeChambeau dan merangkul Piala FedEx dengan mendahului satu pukulan menewaskan Jon Rahm di jelajah kejohanan.

“Hakikatnya ia diundi oleh rakan pemain dari Jelajah PGA, saya merasakan ia sangat bermakna kepada saya,” Cantlay berkata kelmarin. “Ia bukan sesuatu yang saya fikirkan semasa pertengahan tahun ini, namun pada penghujungnya saya bermain dengan baik.”

Ia dijangkakan satu perebutan sengit dengan Rahm, pemain nombor satu dunia yang memenangi gelaran Jelajah PGA dan Trofi Vardon dengan mata purata terendah.

Jelajah kejohanan walau bagaimanapun tidak mendedahkan undian akhir atau berapa ramai pemain yang membuat undian.

Cantlay meraih empat kejuaraan musim lalu, dua kali ganda lebih banyak berbanding pemain lain, dan meraih Piala FedEx serta hadiah utama bernilai AS$15 juta. – AP

Gambar fail reaksi Patrick Cantlay selepas memenangi Piala FedEx pada musim lalu. – AP