Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Cantlay kongsi tempat dengan pendahulu Jelajah PGA AS

    LOS ANGELES, 21 JAN – Pemain nombor empat dunia, Patrick Cantlay turun beraksi untuk mencapai 10-bawah-par 62 kelmarin dan berkongsi kedudukan mendahului pusingan pertama dalam American Express PGA AS bersama, Lee Hodges.

    Cantlay, juara bertahan Piala FedEx, bermain di tujuh lubang pertama di La Quinta dalam tujuh-bawah-par, hasil daripada lima birdie dan satu eagle di par-lima keenam.

    Pemain Amerika Syarikat (AS) itu, hanya membuat tiga pukulan birdie di sepanjang perlawanan untuk menyertai Hodges di carta teratas.

    Hodges yang berusia 26 tahun itu, telah membuat penampilan ke-14nya di Jelajah PGA, melakukan lapan birdies dan membuat eagle dengan cemerlang pada par-lima kelima di La Quinta, yang paling mudah daripada tiga padang golf digunakan, serta padang golf di Kejuaraan Nicklaus dan Stadium Padang Golf yang digunakan untuk kejohanan di padang pasir California berdekatan dengan Palm Springs.

    Selepas pukulan birdie ke-11, 12 dan 13, Cantlay terikat dengan Hodges, serta dia mempunyai peluang keemasan untuk mengatasi dia apabila dia membuat pukulan di antara lima kaki di lubang ke-17.

    Tetapi Cantlay tidak berjaya memasukkannya ke lubang, dan terlepas peluang tersebut untuk membuat birdie pada lubang ke-18.

    “Saya mendapat pukulan awal dan telah membuat banyak pukulan, kemudian saya agak ketinggalan dalam perjalanan masuk,” kata Cantlay, yang merupakan naib juara tahun lalu ke atas pemain Korea Selatan, Kim Si-woo.

    “Tetapi saya gembira dengan semuanya. Saya fikir telah melakukan yang terbaik dan ia adalah padang golf yang saya gemari, ia dalam keadaan baik serta jika awda membiarkan bola itu bergerak ia pasti akan masuk.” – AFP

    Reaksi Patrick Cantlay selepas melancarkan pukulannya di lubang ke-18 semasa pusingan pertama The American Express di La Quinta Country Club, 20 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...