Thursday, November 30, 2023
25.8 C
Brunei

    -

    Caprice mahu bantu susun strategi Muda

    Penyanyi rap dan aktivis kemanusian, Caprice meluahkan hasrat mahu menyusun semula strategi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

    Ia susulan presiden parti itu, Syed Saddiq Abdul Rahman didapati bersalah atas semua pertuduhan bersubahat dalam pecah amanah jenayah (CBT), penyelewengan dana dan pengubahan wang haram.

    Caprice atau Ariz Ramli, 35, berkata, dia bersedia menghulurkan bantuan kerana menganggap masa depan negara bergantung kepada suara golongan muda, kongsi mStar.

    “Parti Muda kalau awda perlukan bantuan untuk menyusun semula strategi dan merombak parti boleh hubungi saya.

    “Saya sanggup menyertai parti kerana suara anak muda sangat penting untuk masa depan Malaysia,” katanya.

    Caprice berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya baru-baru ini.

    Dalam pada itu, Caprice turut membuka ruang tinjauan meminta warganet memberikan pendapat mereka sama ada dia patut membantu Muda atau sebaliknya.

    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta serta dua kali sebatan terhadap Ahli Parlimen Muar tersebut. – Agensi

    Caprice mahu membantu menyusun semula strategi parti Muda. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China gesa gencatan senjata menyeluruh segera

    BEIJING, 30 NOV - China hari ini menggesa ‘gencatan senjata kemanusiaan yang berterusan’ dalam konflik Israel-Hamas dalam kertas jawatan yang dikeluarkan oleh kementerian luarnya. "Pihak-pihak...