Wednesday, February 8, 2023
31.8 C
Brunei

-

Cara betul memelihara ikan betta

Oleh Raz AS

Betta, ikan laga, fighting fish atau patingkang merupakan spesies ikan air tawar yang sangat popular dipelihara sebagai ikan perhiasan di seluruh dunia.

Sirip dan ekornya yang cantik ditambah lagi dengan warna-warna yang terang menjadikannya digilai ramai penggemar hidupan akuarium. Di habitat semulajadinya, ikan betta ditemui di kawasan anak sungai cetek dan juga sawah padi beriklim tropika yang airnya hangat. Ikan ini boleh hidup sehingga 10 tahun atau secara purata 3 hingga 5 tahun dalam peliharaan.

Meskipun biasa dilihat di kedai-kedai akuarium ikan betta disimpan dalam bekas-bekas kecil, akan tetapi ia sebenarnya tidak sesuai dipelihara di dalam bekas seperti mangkuk ikan yang biasa dilakukan kebanyakan orang.

Untuk memastikan ikan betta dapat hidup dengan sihat dan berumur panjang ia memerlukan sekurang-kurangnya bekas akuarium berukuran 37 liter, agar ia dapat berenang bebas dan meneroka persekitarannya.

Ikan tropika yang berasal dari Asia Tenggara ini memerlukan suhu air antara 23 hingga 26 darjah Celsius dengan tahap pH yang neutral antara 7 hingga 7.5, walau bagaimanapun ia masih boleh hidup dengan keadaan air berasid tidak kurang daripada 6.5.

Ikan betta dapat hidup dengan sihat dan berumur panjang ia memerlukan sekurang-kurangnya bekas akuarium berukuran 37 liter, agar ia dapat berenang bebas dan meneroka persekitarannya. – Agensi

Sama seperti memelihara ikan-ikan lainnya, mempunyai keadaan air yang stabil berbanding mempunyai bacaan pH dan suhu yang sempurna namun sentiasa berubah-ubah adalah lebih penting.

Ikan betta akan mempunyai lebih banyak peluang untuk menyesuaikan dirinya dan hidup dengan sihat dalam keadaan air yang berasid atau beralkali. Perubahan pH dan suhu air dalam masa singkat dapat ‘mengejutkan’ ikan dan membunuhnya.

Meskipun begitu, sekiranya ikan betta awda menunjukkan tanda-tanda seperti luka atau radang pada bahagian badan, kerosakan pada bahagian insang atau menunjukkan kelakuan abnormal seperti tercungap-cungap, berenang terkapai-kapai serta cuba melompat keluar dari air, itu merupakan tanda-tanda keadaan yang terlalu berasid atau terlalu beralkali.

Antara sebab-sebab tahap pH menurun adalah seperti sumber air yang digunakan untuk mengisi akuarium awda sememangnya berasid, tumbuhan atau perhiasan seperti daun dan kayu yang ada di dalam akuarium, serta kitaran nitrogen yang menyebabkan tahap keasidan air meningkat secara berterusan.

Manakala sebab pH meningkat pula mungkin berasal daripada substrat yang digunakan awda untuk menghiasi dasar akuarium. Substrat-substrat yang mempunyai kalsium tinggi seperti pasir karang dan seumpamanya dapat meningkatkan pH air. Selain itu bahan buangan ikan dan lebihan makanan juga boleh menyebabkan hal yang serupa.

Menukarkan kira-kira 25 peratus daripada air di dalam akuarium awda, dengan air baharu, seminggu sekali atau sekurang-kurangnya dua kali sebulan, dapat mengekalkan tahap pH yang lebih stabil.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas Pesawat Boeing 737, 2 Juruterbang selamat

PERTH, AUSTRALIA, 7 FEB - Dua juruterbang terselamat, hanya cedera ringan selepas pesawat Boeing 737 yang dihantar untuk memadam kebakaran terhempas di Australia, kata...
- Advertisment -