Cara mencegah mata kail tidak berkarat

Ketika penularan wabak COVID-19 ini, aktiviti luar seperti memancing perlu dihadkan bagi mengelakkan diri daripada jangkitan virus berkenaan. Namun, ini merupakan masa yang sesuai untuk anda sebagai kaki pancing untuk mengasah lagi ilmu memancing dan menjaga peralatan pancing anda daripada terbiar begitu saja kerana anda ‘bercuti’ buat seketika.

Setiap barangan pancing memiliki nilainya tersendiri walaupun saiznya kecil se perti mata kail namun harganya tetap mahal jika ia sejenis yang berkualiti. Jika menggunakan mata kail yang murah, pada kebiasaannya penggunaannya hanya dalam masa yang singkat kerana baru saja berta-rung sudah kecundang ketika memancing.

Memang tidak dinafikan, mata kail yang rosak atau sudah digunakan akan dibuang oleh pemancing. Ini kerana mereka bertanggapan jika digunakan selepas ini ia tidak lagi kuat, tidak tajam dan mudah patah. Walhal, sebenarnya, ada beberapa mata kail yang telah digunakan selepas memancing masih elok dan boleh digunakan lagi.

Jika jenis harga yang murah dan sememangnya tidak dapat diperbaiki terpulanglah kepada anda sama ada mahu menggunakannya semula ataupun tidak. Namun anda akan berfikir berulang kali untuk membuang mata kail yang mahal.

Mata kail sebenarnya masih lagi boleh digunakan dan berfungsi baik jika anda mengendalikannya dengan baik. Sebagai penjimatan wang, adalah lebih baik sebenarnya anda menggunakan mata kail tahan karat kerana ia dapat bertahan lama dan selamat digunakan berulang kali. Jika anda ingin memancing di laut, pilihlah mata kail yang bertulis salt water pada bungkusannya keran ia sememangnya berupaya menahan hakisan air masin.

Cara penjagaan mata kail

Sesetengah kaki pancing sering melakukan kesalahan dalam penyimpanan mata kail selepas memancing yang menyebabkan mata kail yang digunakan tidak dapat bertahan lama dan berkarat. Seharusnya, selepas pulang daripada memancing terutamanya di laut (air masin), jangan sesekali lupa untuk bersihkan dan bilas dengan air tawar. Kemudian keringkan di bawah sinaran cahaya matahari.

Selepas anda mengeringkannya, periksa satu persatu mata kail tersebut dan perhatikan mana bahagian yang ada memiliki tanda karat. Jika ada, gosok dengan menggunakan kertas pasir. Penting untuk anda menyimpannya dalam kotak pancing anda. Sila amati semula, jika kurang tajam, anda boleh menggunakan kikir halus (handlife) dan asah pada bahagian berkenaan.

Jika mata kail agak berkarat adalah lebih baik anda membuangnya sahaja. Paling penting, mata kail yang telah anda bersihkan ini jangan sesekali dicampurkan ke dalam bekas atau pek mata kail yang masih belum digunakan. Anda perlu menyediakan satu bekas khas untuk mata kail yang terpakai. Perkara yang sama juga jika anda menggunakan assist hook atau mata kail gewang, jangan simpan begitu saja di dalam tackle box selepas menggunakannya. – Agensi

Jika ada mata kail anda memiliki tanda karat, gosok dengan menggunakan kertas pasir dan jangan sesekali dicampurkan ke dalam bekas atau pek mata kail yang masih belum digunakan. – Agensi