Cara menyimpan lumut supaya tahan lama

Lumut merupakan umpan yang terbaik untuk menangkap ikan talapia, seluang, lampem Jawa dan banyak lagi. Hal ini kerana, lumut merupakan makanan alami bagi ikan-ikan liar yang hidup di sungai. Namun, keberadaan lumut ini amat sukar diperolehi dan jikalau ada lumut ini tidak dapat bertahan lama jika hendak digunakan pada hari yang lain.

Keinginan untuk menggunakan lumut sebagai umpan di hari lain adalah idaman bagi setiap pemancing. Justeru, terdapat beberapa cara yang dipraktikkan untuk memastikan lumut tidak mudah mati dan memeliharanya supay boleh tumbuh dan tidak habis begitu saja.

Cara menyimpan lumut agar tidak mudah mati

Terdapat dua cara untuk menyimpan lumut sebagai umpan memancing iaitu dengan cara basah dan cara kering.

Menyentuh cara basah ini, kita perlu menyediakan satu bekas besar berupa baldi atau wadah apa saja yang boleh menampung banyak air. Pertama sekali, bersihkan terlebih dahulu lumut yang kita perolehi dengan cara membilas atau membasuhnya tapi jangan sesekali diperas. Setelah benar-benar bersih masukan ke dalam baldi atau wadah yang penuh dengan air dan menyimpan jauh daripada terik sinar matahari langsung.

Dengan cara ini akan membuat lumut lebih tahan lama, awet dan tidak mudah mati. Lumut yang disimpan di dalam baldi ini akan dapat bertahan antara dua hingga lima hari tergantung dengan jenis lumutnya dan banyak airnya. Air pada baldi atau wadah tersebut perlu sering diganti dan dinding pada baldi tersebut jangan pernah digosok dengan apa pun.

Bagi kaedah cara kering pula, kita tidak perlu menaruhnya di dalam wadah berisi air. Caranya dengan menyuci bersih lumut yang baru diperolehi, setelah itu lap dengan menggunakan kain sehingga benar-benar kering. Lalu bungkus dengan beberapa lembar kertas surat khabar, bungkus lagi dengan kain dan masukan ke dalam bekas, dan simpan ke dalam peti sejuk. Dengan cara tersebut akan membuatkan lumut awet hingga tiga hari.

Memelihara lumut untuk umpan memancing

Memelihara lumut sampai tumbuh banyak adalah impian setiap pemancing, kerana susah mendapatkannya. Memelihara lumut ini bukanlah sesuatu yang mudah, perlu melakukan beberapa percubaan.

Memelihara lumut dalam baldi atau wadah plastik, sebetulnya boleh hidup tetapi tidak awet dan kemudiannya akan mati. Jika menggunakan baldi yang diperbuat dari tanah yang bentuknya seperti pasu bunga besar, biarkan baldi tersebut terkena air hujan dan sedikit sinar matahari, sehingga dindingnya berlumut.

Masukan tanah ke dalam baldi tersebut, kemudian isi air dan ikan guppy supaya tidak ada jentik-jentik nyamuk. Setelah betul-betul nampak serabut-serabut lumut di dalam baldi, barulah masukan lumut yang bersih yang kita ingin pelihara dan berikan sedikit urea (bahan organik).

Memelihara lumut di dalam kolam merupakan cara yang dapat dituai dalam kuantiti yang banyak. Caranya dengan membina kolam dari simen dengan keluasan yang kita mahukan Cara penyimpanan lumut sama seperti penyimpanan pada baldi. Setelah kolam jadi biarkan lumut serasi dengan keadaan air kolam, buatlah sedikit aliran air masuk dan keluar kolam. Cara ini lebih paling saya sukai sebab, lumut boleh hidup lama serta tidak mudah mati dan awet. – Agensi