Thursday, October 10, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cara mudah bangunkan Rizky Febian dari tidur

    Penyanyi Indonesia, Rizky Febian mengakui sudah jarang bermain permainan video online selepas berkahwin dengan Mahalini.

    Ini kerana dia sering ditegur oleh isterinya itu kerana terlalu leka dan asyik bermain permainan video di komputer.

    “Dari dulu sampai sekarang Lini (Mahalini) selalu marah, dijerit atau tak masuk live chatnya dia akan cakap… mahu aku kunci pintu bilik?” cerita Rizky.

    Dalam temu bual bersama pengacara Praz Teguh itu juga Rizky mendedahkan dia seorang yang sukar untuk bangun pagi.

    Namun, isterinya itu sudah mengetahui cara mudah untuk mengejutkan dia bangun daripada tidur.

    “Lini dah jumpa cara nak bangunkan saya, caranya begini, dia akan tanya saya… nanti nak makan apa? Dengar pertanyaannya itu saya terus bangun. Jadi itulah caranya kalau mahu saya bangun cepat, tanya saja mahu makan apa,” kata Rizky. – Agensi

    Mahalini selalu tegur Rizky kerana leka main permainan video. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda