Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Cara penggunaan baki wang derma dan sumbangan

    Disediakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan

    Masyarakat kita di Negara Brunei Darussalam sememangnya sangat terkenal dengan sifat murah hati, sikap prihatin dan berlaku ihsan sesama anggota masyarakat, tolong-menolong dan yang lebih ketara ialah suka menderma dan memberi sumbangan, lebih-lebih lagi ke arah perkara-perkara yang berkebajikan, khususnya dalam perkara keagamaan dan kemanusiaan (insaniah), sama ada dalam bentuk wang ringgit mahupun harta benda.

    Ada kalanya mendermakan sesuatu itu dilakukan secara spontan iaitu seseorang akan menghulurkan atau menyerahkan sendiri wang secara langsung kepada penerimanya, sama ada penerima adalah individu yang dimaksudkan untuk menerima derma ataupun wakil kepada pihak yang dimaksudkan.

    Namun bukanlah suatu yang asing kepada kita, terdapat juga inisiatif daripada pihak tertentu, iaitu sebagai pengelola atau penganjur, yang membuat kutipan wang derma daripada orang ramai atau kumpulan-kumpulan tertentu dengan menerangkan tujuan kutipan dibuat, seperti untuk majlis tahlil dan do‘a selamat sekampung, majlis khatam Al-Qur’an bagi murid-murid Tahun Enam, sebagai sumba-ngan hadiah bagi bakal-bakal haji tahun 1437/2016, derma kepada mangsa kebakaran di kampung yang terlibat dan seumpamanya.

    Dalam keadaan seperti ini, orang ramai akan menyerahkan wang derma tersebut kepada pihak pengelola untuk disalurkan dan digunakan sebagaimana niat dan tujuan penderma, sama ada untuk kegunaan majlis yang dimaksudkan ataupun diserahkan terus kepada penerimanya.

    Dalam melimpahnya derma yang dihulurkan itu, sering kali juga timbul pertanyaan bagaimanakah tatacara sebenar pengurusan wang kutipan derma termasuklah bakinya untuk memastikan agar derma tersebut disalurkan dan diagihkan selaras dengan niat atau tujuan para penderma. Irsyad Hukum pada kali ini akan membawakan penjelasan mengenainya.

    Hukum bersedekah

    Sedekah adalah suatu pemberian yang dimaksudkan untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Secara umumnya, sedekah itu mengandungi makna sedekah wajib iaitu zakat dan sedekah tathawwu‘ (sunat). Namun yang menjadi tumpuan penjelasan di sini ialah sedekah tathawwu‘ (sunat).

    Bersedekah tathawwu‘ (sunat) merupakan suatu amalan yang mulia dan hukumnya adalah sunat. Penerima sedekah tathawwu‘ (sunat) itu adalah terdiri daripada sesiapa sahaja walaupun dia seorang yang kaya dan orang kafir.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...