Tuesday, December 3, 2024
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cara pilih ketam segar, ‘manis’ dan banyak isi

    KETAM bukanlah hidangan makanan laut yang kita makan hari-hari. Tapi bila sesekali teringin juga hendak memakan ketam.

    Bila dah siap masak, mesti rasa kecewa bila rasanya, tak seperti yang kita harapkan. Berbau, tak segar, isi sikit dan sebagainya.

    Ada caranya yang tersendiri nak pilih ketam yang segar agar tak menyesal dan tidak tersalah pilih nanti. Ada harga ketam yang sangat mahal. Jadi biarlah harga yang dibayar berbaloi dengan kualiti ketam yang dibeli.

    Berikut merupakan perkongsian tip oleh antara penjual makanan laut, yang boleh dijadikan panduan ketika membeli ketam:

    1.Waktu membeli

    Jika ingin membeli ketam, belilah ketam di waktu selepas bulan mengambang penuh,kerana pada waktu ini isi ketam lebih padat dan banyak. Nampak seperti tidak logik, tapi percayalah memang ada perbezaannya.

    Jika berpeluang untuk memilih, pilihlah ketam betina. Ini kerana ketam betina mempunyai telur dan selalunya mempunyai banyak isi.

    2.Warna cangkerang

    Jika beli ketam, terutama ketam bunga yang bermacam jenis, lihat pada warna cangkerangnya, terutama bahagian atas dan juga pada sepitnya. Andai ada warna kebiruan, ia menandakan ketam itu masih segar.

    3.Pilih ketam berat

    Pilih ketam yang lebih berat daripada yang lain, timbang dengan tangan anda. Ketam lebih berat daripada yang lain menunjukkan isinya padat. Timang-timang ketam tersebut untuk mengagak berat ketam.

    4.Lihat belakang ketam

    Ketam boleh juga diketahui kesegarannya dengan melihat di belakang ketam. Bentuk tiga segi dekat belakang, jika masih kuat melekap, ia adalah ketam segar.

    5. Bau laut

    Bau mestilah ada bau laut, kalau sudah ada bau hanyir yang kuat, maka itu adalah sebaliknya.

    6. Cukup sifat

    Ketam haruslah masih cukup sifat . Contohnya, kaki ketam masih kuat melekat pada badan dan mata ketam mesti ada lagi. Ini menunjukkan ia masih segar dari laut.

    7.Pilih ketam betina

    Jika berpeluang untuk memilih, pilihlah ketam betina. Ini kerana ketam betina mempunyai telur dan selalunya mempunyai banyak isi. Cara memilih ketam betina ialah dengan melihat pada bahagian belakang badan ketam yang selalunya lebih lebar, bulat dan bukan tirus. Badan ketam betina agak bulat dan sepit yang ada adalah lebih pendek dan kecil berbanding ketam jantan yang mempunyai sepit lebih besar. Dari segi warna, ketam betina warna agak kelabu-coklat, berbanding ketam jantan putih-kebiruan.

    8. Tiada tompok-tompok

    Bahagian bawah ketam yang segar selalunya putih bersih. Kalau ada tompok-tompok atau warna selain putih, ia sudah agak kurang segar.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda