Carapaz menang, Dumoulin ‘parah’

FRASCATI, 15 Mei – Pesaing bagi merebut Giro d’Italia, Richard Carapaz dari Movistar telah memenangi peringkat keempat semalam, sementara satu insiden jatuh ke atas peloton tujuh kilometer dari garisan penamat telah menjejaskan kedudukan keseluruhan juara 2017, Tim Dumoulin.

Dumoulin meraih tempat kedua bagi Giro d’Italia dan Tour de France pada tahun 2018, serta memenangi Giro 2017 dan kejohanan dunia uji masa 2017, menjadikannya pesaing utama dalam semua jelajah dan perlumbaan utama.

“Pastinya, kedudukan keseluruhan sudah berakhir buat saya,” kata Dumoulin, yang kini berada di kedudukan 56 dengan ketinggalan 4 minit 20 saat di belakang pendahulu perlumbaan, Promoz Roglic.

Insiden itu menyaksikan sekumpulan kecil terdiri daripada 11 penunggang berjaya melepaskan diri, termasuk pendahulu keseluruhan Roglic dan dua pesaing utamanya bagi gelaran Giro, Simon Yates dan Miguel Angel Lopez.

Carapaz dari Ecuador membuat pecutan jarak jauh bagi garisan penamat dari lebih 600 meter, dengan hanya Caleb Ewan (Australia) dan Diego Ulissi (UAE) di belakangnya yang masing-masing menamatkan di kedudukan kedua dan ketiga. Roglic menamatkan dua saat di belakang tro tersebut, meraih 16 saat ke atas semua pesaing-pesaing utamanya bagi gelaran 2019.

Dumpulin freewheeled hampir sepanjang laluan menuju ke garisan penamat kerana mengalami kecederaan pada lututnya akibat insiden tersebut, sekali gus peluangnya untuk memenangi Giro hancur.

Penunggang berusia 28 tahun itu kemudian dikejarkan ke hospital bagi pemeriksaan x-ray kerana dia tidak dapat membengkokkan lututnya. – AFP

Richard Carapaz meraikan kemenangannya selepas melintasi garisan penamat pada perlumbaan peringkat keempat Giro d’Italia. – AP