Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Carcassonne, Perancis tawar percutian istana yang menarik

    CARCASSONNE, Perancis – Di sebuah tempat persimpangan fantasi dan sejarah, berdirinya bandar zaman pertengahan Carcassonne, sebuah tempat percutian yang terletak di atas bukit di selatan Perancis.

    The Cite, sebagai sebuah kawasan puncak bukit berdinding di Carcassonne yang begitu terkenal, telah menjadi hab strategik terpenting bagi beribu-ribu tahun. Ia adalah sebuah tapak bagi orang-orang Rom, Visigoths dan Saracen. Ia pernah menyaksikan kejadian berdarah atas perebutan sempadan dan khianat.

    Pelancong berpusu-pusu mengunjungi The Cite untuk mengalami sendiri mitologi di kawasan pintu gerbangnya, di mana patung arca Lady Carcas berada (nama yang diambil dari perkataan Carcassonne). Patung arca abad kelapan itu dikatakan sebagai tanda berakhirnya zaman pengepungan atau kebuluran yang panjang dengan melemparkan lemak haiwan di dinding-dinding bandar itu bagi meyakinkan kepada peceroboh bahawa penduduk-penduduknya mampu untuk mendapatkan makanan dari kelaparan. Apabila helah itu berhasil, Lady Carcas membunyikan lonceng bandar itu sebagai tanda kegembiraan. Sonne dalam bahasa Perancis bermaksud bunyi, oleh itu ia dinamakan sebagai Carcassonne.

    Kisah itu setinggi tembok Rom Carcassonne yang menjulang tinggi (nama tersebut sudah ada sejak zaman Rom, yang dikatakan pada awal tahun 70 sebelum masihi). Patung arca itu diukir pada istana seperti istana ‘Sleeping Beauty’ yang masih kekal hingga sekarang. Tempat itu telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan mempunyai 52 buah menara.

    Dinding atau tembok Carcassonne Cite berdiri teguh di atas bukit. – AP
    Dinding atau tembok Carcassonne Cite berdiri teguh di atas bukit. – AP
    Pemandangan yang indah menuju perkampungan Perancis yang berada di Comtal Chateau. – AP
    Pemandangan yang indah menuju perkampungan Perancis yang berada di Comtal Chateau. – AP
    Tapak peninggalan istana yang berdiri seperti buah catur yang berada di atas bukit di Lastours, Perancis. – AP
    Tapak peninggalan istana yang berdiri seperti buah catur yang berada di atas bukit di Lastours, Perancis. – AP

    Sejarah

    Carcassonne Cite telah mengalami kerosakan pada abad ke-18 apabila seorang ahli sejarah dan arkitek bekerjasama untuk menyelamatkan seni bina itu daripada pupus atau dicerobohi. Sejak dari itu, beberapa bahagian bangunan dan dinding purba itu telah dibina semula dan melakukan penyelenggaraan dengan teliti mengikut perincian asalnya. Gerai-gerai cenderamata turut didirikan sebagai tambahan tarikan pelancong dan ia telah membuahkan hasil yang menarik.

    The Cite adalah sebuah kawasan yang mempunyai dua buah kubu, lubang pemanah dan tempat berdarah. Ia juga merupakan kawasan bagi anggota pertahanan untuk melontarkan batu-batu dan sap cairan yang mendidih kepada pihak penceroboh. Lawatan pelancongan ke tempat menarik itu telah membawa para pelancong untuk menjelajahi jalan-jalan purba dan mendedahkan sejarah-sejarahnya.

    Beberapa acara kemuncak termasuk Gothic Basilica of Saint-Nazaire, yang menampilkan kaca berwarna yang berusia 700 tahun telah dibuka dan tersembunyi dari Nazi di sekitar kawasan pergunungan. Sebuah gereja telah wujud di sana dan dijangka berusia kurang seribu tahun dan kesan-kesan lampau era-Rom masih wujud.

    The Cite’s Comtal Chateau adalah sebuah benteng pertahanan yang kebal, sebagai benteng pertahanan terakhir yang dikawal dengan menara tinggi dan sebuah parit. Muzium di sana juga menawarkan ruang-ruang sejarah yang mana mempunyai pemandangan yang luas ke arah Pyrenees.

    Seorang pelancong mengambil gambar di Gothic Basilica of Saint-Nazaire, yang menampilkan kaca berwarna berusia 700 tahun. – AP
    Seorang pelancong mengambil gambar di Gothic Basilica of Saint-Nazaire, yang menampilkan kaca berwarna berusia 700 tahun. – AP
    Para pelancong berjalan di sepanjang benteng di Carcassonne. – AP
    Para pelancong berjalan di sepanjang benteng di Carcassonne. – AP
    Para pelawat berjalan melalui deretan kedai-kedai cenderamata di bandar zaman pertengahan Carcassonne. – AP
    Para pelawat berjalan melalui deretan kedai-kedai cenderamata di bandar zaman pertengahan Carcassonne. – AP

    Ia juga menceritakan kisah-kisah pembentukan semula Cite selepas mengalami kerosakan dan satu-satunya akses kepada beberapa kubu yang terdapat di sana, termasuklah teater Cite yang sudah berusia berabad-abad lamanya. Telaga lama dan Museum of Torture juga terdapat di sana.

    Kawasan luar bandar

    Lawatan ke bandar itu yang berada di selatan Perancis tidak akan lengkap jika tidak mengunjungi ladang anggurnya. Tumbuh-tumbuhan itu sangat subur di sana kerana tekstur tanahnya yang subur dan ia menjadi satu peninggalan bagi istana purba itu.

    Tempat yang paling terkenal adalah Cathar Castles. Ia hanya mengambil masa yang singkat dari Carcassonne dengan menggunakan kereta. Tapat tertua yang dibina sejak 1,500 tahun dahulu dan mempunyai empat istana masih begitu utuh di sana sehingga hari ini.

    Ruang perjalanan bagi setiap menara menyerupai reka bentuk buah catur dan terletak di atas sebuah bukit yang curam. Apabila berada di puncak, anda akan mengalami satu pengalaman dan pemandangan yang menarik: Ia menawarkan pemandangan 360 darjah menuju lembah di bawah.

    Para pelancong memasuki Comtal Chateau, sebuah benteng atau tembok  di Carcassonne, Perancis. – AP
    Para pelancong memasuki Comtal Chateau, sebuah benteng atau tembok di Carcassonne, Perancis. – AP
    Teater lama Carcassonne yang boleh dilihat dari benteng Cite. – AP
    Teater lama Carcassonne yang boleh dilihat dari benteng Cite. – AP
    Seorang pelancong menyaksikan pemandangan luas di bandar zaman pertengahan Carcassonne, Perancis. – AP
    Seorang pelancong menyaksikan pemandangan luas di bandar zaman pertengahan Carcassonne, Perancis. – AP

    Makanan

    Jangan biarkan kedai-kedai cenderamata membelenggu anda kerana Carcassonne adalah rumah kepada makanan-makanan sofistikated di Perancis.

    Kawasan ini terkenal dengan hidangan cassoulet, sebuah masakan rebusan dengan campuran kacang putih dan daging. Hidangan itu juga dihidangkan di kebanyakan menu di The Cite.

    Turut dihidangkan adalah makanan istimewa foie gras dan coklat mousse sebagai pencuci mulut.

    Juga dihidangkan kepada orang ramai adalah pelbagai hidangan menu seperti foie picisan masakan berasaskan gras dan pencuci mulut coklat yang rumit (satu ramuan itu termasuk bola coklat yang terbuka sehingga mendedahkan mousse coklat apabila coklat cair dituang ke atasnya). Kedai-kedai gelato turut memberikan kesempurnaan lawatan apabila para pengunjung boleh menikmatinya sambil melihat pemandangan yang indah.

    Makan berada di sisi tembok Cite ini memang mahal namun para pengunjung boleh mendapatkan tawaran yang menarik di pusat bandar. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda