Penyanyi Cardi B mengambil keputusan untuk menutup akaun laman Twitter miliknya selepas mendakwa menerima gangguan daripada peminatnya.
Memetik laporan eonline.com, Cardi B menganggap tindakan sekumpulan remaja berusia 15 tahun tersebut ingin menentukan bagaimana dia menguruskan kehidupannya sangat menjengkelkan.
“Saya tidak kongsikan mengenai penceraian saya di luar sana.
“Oleh kerana masyarakat banyak membuat spekulasi saya terpanggil untuk bersuara. Kalau terasa nak panggil diri sebagai peminat, saya tak kisah, saya akan buat apa yang saya nak lakukan.
“Saya sayang peminat saya dan berterima kasih untuk apa yang anda lakukan walau bagaimanapun segelintir dari anda jangan merasakan diri anda sentiasa bersama saya.
“Offset bukan sahaja masalah yang saya ada ketika ini, sejujurnya ini hanya masalah kecil yang perlu dirisaukan pada masa ini,” katanya. – Agensi