Wednesday, April 17, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Cardtrend Systems sasar sertai ekonomi digital Islam

    KUALA LUMPUR, 5 JAN – Cardtrend Systems Sdn Bhd menyasarkan untuk menceburi bidang ekonomi digital Islam pada tahun ini dengan menawarkan pelbagai penyelesaian seperti kad pembelian dan sistem e-pembayaran perubatan korporat.

    Dalam kenyataan hari ini, syarikat itt turut komited untuk membantu perniagaan dari segi membangunkan inovasi transaksi digital selain memastikan pertumbuhan dalam persekitaran perniagaan yang pantas dan berubah sejajar dengan usaha transformasi Malaysia ke arah masyarakat tanpa sentuh.

    Menurut Cardtrend Systems, ia menyediakan penyelesaian pengesahan seperti modul iAuth, iPricer dan iCrypto yang membantu perniagaan melakukan inovasi dan membina ekosistem pembayaran selamat untuk platform masing-masing.

    “Walaupun terdapat penerima gunaan alat dan proses digital yang lebih ketara pada masa ini, masih banyak lagi perniagaan yang belum diintegrasikan dengan dunia digital berikutan kebimbangan mengenai aspek pematuhan keselamatan dan pencerobohan data,” katanya.

    Syarikat itu turut memetik dapatan kaji selidik oleh Trend Micro Incorporated mengenai 73 peratus organisasi di Malaysia yang melaporkan berkemungkinan besar mengalami masalah pencerobohan data yang boleh memberi kesan terhadap data pelanggan dalam tempoh 12 bulan akan datang. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...