Peluang Kerjaya

Brunei Press Sdn Bhd, pencetak dan penerbit akhbar harian terkemuka Brunei – Borneo Bulletin dan Media Permata, Borneo Bulletin Yearbook dan pelbagai penerbitan komersial, mencari individu bermotivasi tinggi dan mempunyai kemahiran untuk menyertai pasukan kami.

SUB-EDITOR BORNEO BULLETIN
SUB-EDITOR MEDIA PERMATA
Tanggungjawab:
  • Menulis, menulis semula, menyunting dan membaca pruf
  • Memastikan gaya khas penulisan dipatuhi
  • Menulis tajuk utama, kapsyen gambar dan ringkasan cerita
  • Mengedit laporan dan siaran akhbar
  • Bekerjasama dengan wartawan dan editor
  • Mereka bentuk halaman akhbar
  • Memastikan bahan berita diletakkan dengan betul
  • Memilih dan menyunting gambar
  • Menulis rencana dari semasa ke semasa
Kelayakan:
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Komunikasi Profesional dan Media, Kewartawanan, Komunikasi, Linguistik atau mana-mana bidang berkaitan
  • Sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman dalam akhbar atau majalah bahasa Melayu atau Inggeris
  • Memiliki kemahiran komunikasi dan penulisan sangat baik dalam Bahasa Melayu atau Inggeris
  • Mampu bekerja di bawah tekanan
  • Sanggup bekerja syif malam
  • Mempunyai kenderaan sendiri dan lesen memandu yang sah

Mana-mana calon yang berminat, sila hantar atau e-mel keterangan diri lengkap awda termasuk semua dokumen berkaitan, kelayakan, pengalaman dan gaji yang dijangkakan, berserta gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) kepada:

 

THE GROUP HUMAN RESOURCE DEPARTMENT BRUNEI PRESS SDN BHD

Peti Surat 85, Kompleks Seri BA1779, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam

E-mel: recruitment@qaf-brunei.com.bn

Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan. TARIKH TUTUP: 10 NOVEMBER 2023