HAVANA – “Di manakah hendak mencari?” dan “Apa sahaja yang anda mahu” dan “Apa sahaja yang anda perlukan?”.
Ini adalah beberapa buah nama kumpulan dalam laman sosial media yang menyediakan ribuan penduduk Cuba yang menggunakan Internet mudah alih baharu untuk mengatasi kekurangan barang keperluan yang semakin teruk disebabkan oleh sekatan Amerika Syarikat.
Berbekalkan dengan akses Internet pada telefon bimbit yang digunakan secara umum pada tahun lepas, Cuba sedang membentuk sebuah kumpulan sembang dalam talian untuk mengongsikan tip mengenai di mana hendak mencari pencuci pinggan, ayam, minyak diesel dan beberapa keperluan yang susah dicari.
Mereka turut melakukan perkara yang sama dalam beberapa buah laman sosial media yang lain seperti WhatsApp, Instagram dan Fecebook.
Tanpa kumpulan sembang tersebut, mereka mungkin akan ‘menghabiskan masa sepanjang hari di seluruh bandar’ untuk mencari barang yang mereka perlukan, menurut Claudia Santander, seorang pereka grafik yang mentadbir berpuluh-puluh kumpulan WhatsApp tanpa mengenakan sebarang bayaran.


Tetapi sekarang, seseorang boleh bertanya mengenai produk tertentu – sebagai contoh tisu jamban atau susu tepung atau sabun mandi – dan seseorang yang lain dalam kumpulan tersebut mungkin akan memberi maklum balas dalam tempoh yang singkat untuk memberitahu kedai yang mana yang menjual produk tersebut di Havana, ibu kota Cuba.
“Sekarang saya dapat menyelesaikannya’” lampin dan beberapa barangan sejak menyertai kumpulan dalam media sosial yang memberitahu lokasi di mana barang-barang keperluan dijual, menurut penduduk Havana, Laura Vela, yang mempunyai seorang anak kecil.
Sesetengah kumpulan tersebut mempunyai senarai menunggu bagi mereka yang gelisah untuk mendapatkan faedah jika menjadi seorang ahli. WhatsApp hanya membenarkan 256 orang untuk menyertai satu kumpulan sembang, manakala rangkaian lain menerima ribuan ahli.
Membeli-belah menerusi sosial media memudahkan kehidupan bagi mereka yang tinggal di pulau tersebut, tetapi ia mungkin memburukkan lagi ketidaksamaan dan menjadikan mereka yang tidak mempunyai akses Internet akan lebih susah. Lebih-lebih lagi mereka akan mendapat diskaun berupa data telefon bimbit jika mereka membayar menggunakan mata wang dolar Amerika kepada syarikat yang berada di luar Cuba, dan ini bermaksud mereka yang tidak mempunyai mata wang Amerika akan mendapat kerugian.
“Ramai daripada mereka yang tidak mampu” untuk membeli data telefon bimbit atau telefon bimbit, bata Lucia March, seorang penulis. Bagi mereka yang mampu, dia menambah, “kegunaannya amat jelas dan ia adalah sesuatu yang lengkap, dan yang paling utama ialah ia dapat meringankan sedikit sebanyak masalah orang ramai.”
Cuba tidak mempunyai segmen pengiklanan dalam surat khabar rasmi mereka. Sesetengah perniagaan menawarkan jualan melalui Internet, tetapi kumpulan sosial media membantu orang dalam sekelip mata tanpa sebarang cabaran yang berterusan.
Minyak masak mungkin akan hilang dari rak, tetapi kemudian ia kembali dan mendapati tiada tepung. Suatu hari mungkin tiada mentega dan pada hari keesokannya tiada keju. Ramai orang, terutama sekakli mereka yang tidak mempunyai maklumat dari rangkaian sosial media, menghabiskan berjam-jam tanpa mencari barangan rumah.
Cuba telah terbiasa bergelut untuk mendapatkan keperluan asas sejak kejatuhan penyumbang mereka dalam Kesatuan Soviet berdekad-dekad lalu. Tetapi situasi kini semakin bertambah buruk pada 2019 selepas Presiden AS, Donald Trump meningkatkan sekatan. Kemerosotan ekonomi di Venezuela, pembekal utama minyak ke Cuba, telah memeritkan negara Carribbean tersebut.
Oleh sebab itu, ramai orang beratur panjang di kedai-kedai dan hanya membenarkan beberapa untuk barang yang boleh dijual bagi beberapa buah produk. Ramai daripada mereka menggunakan sosial media untuk mencari barang keperluan mereka.
Cuba mula memperkenalkan data untuk telefon bimbit pada Disember 2018, dan sekarang mereka mempunyai lebih dari tiga juta nombor dalam talian.
Dalam beberapa bulan kebelakangan, pihak berkuasa Cuba mula mempromosikan laman sesawang yang membolehkan orang ramai membuat pembayaran menggunakan mata wang dolar menerusi Visa dan Mastercard untuk beberapa barangan termasuk bunga, daging, tilam dan penyaman udara.
Walaupun penggunaan laman tersebut tidak meluas, tetapi ia boleh meningkatkan ketidaksamaan antara mereka yang mempunyai akses kepada dolar dan kad kredit asing, dan mereka yang tidak mempunyainya dan tidak mempunyai saudara terdekat di sana yang boleh menolong mereka. – Agensi