Cari isteri, 4 anak keluar rumah

Gambar serahan PPDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OGOS – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang isteri dan empat orang anak lelaki yang keluar dari rumah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB, di sini, hari ini, laporan telah dibuat di Balai Polis Muara mengenai Siti Amal Hafizah binti Haji Ali berusia 30 tahun, Muhd Hafizuddin Hilmi Rusyudi bin Mohd Hazimin, 14, Muhd Hafiyuddin Hilman Rusyudi bin Mohd Hazimin, 14, Muhd Khairul Hamiz Irsyadduddin bin Mohd Hazimi, 10 dan Muhd Safiy Syahmi bin Mohd Hazimin berusia tujuh tahun yang dipercayai melarikan diri.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai boleh menghubungi Balai Polis Muara melalui talian 2770140, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Siti Amal Hafizah.
Muhd Hafizuddin Hilmi Rusyudi; Muhd Hafiyuddin Hilman Rusyudi.
Muhd Safiy Syahmi; Muhd Khairul Hamiz Irsyadduddin.