Wednesday, October 9, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cari keberkatan di bulan suci Ramadan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mei – Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD), hari ini, meneruskan lagi bacaan tadarus Al-Quran Juzuk Tiga di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

    Majlis berlangsung di kediaman Naib Yang Di-Pertua II MWNBD, Datin Hajah Dayang Masni binti Haji Mohd Ali di Kampung Jerudong.

    Turut hadir di majlis itu ialah Naib Yang Di-Pertua I MWNBD, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam binti Pengiran Haji Matarsat; ahli Lembaga Tadbir MWNBD, wakil-wakil tetap dalam Lembaga Tadbir MWNBD dan ahli-ahli yang mewakili 13 persatuan yang bergabung dengan MWNBD.

    Datin Hajah Dayang Masni semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya berkata, majlis ini merupakan kegiatan tahunan MWNBD yang antara lain bertujuan untuk berkumpul membaca Al-Quran secara bertadarus beramai-ramai di bulan Ramadan yang penuh berkat ini.

    “Acara seperti ini dilaksanakan secara konsisten bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara ahlinya supaya terus membuat kerja sukarelawan kemasyarakatan secara ikhlas kerana Allah,” jelasnya.

    Selain itu, kedatangan bulan Ramadan ini dihidupkan dengan acara keagamaan seperti bertadarus ini.

    Di majlis itu, bacaan tahlil dan Doa Tahlil dipimpin oleh wakil daripada Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI), Hajah Saadiah binti Haji Ibrahim manakala bacaan Doa Selamat dan Doa Allah Peliharakan Sultan dibacakan oleh wakil daripada Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB), Pengiran Hajah Rakiah binti Pengiran Haji Abu Bakar.

    Sementara Doa Selamat dibacakan oleh wakil Persatuan Siswazah Wanita (PSW), Dayang Zaleha binti Ali, doa penutup dibacakan oleh Dayang Hajah Taibah binti Kudi daripada Persatuan Kebajikan Perempuan (PKP).

    Suasana majlis tadarus di kediaman Datin Hajah Dayang Masni.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda