Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Cari sumber yang halal dan betul

    Terdapat pelbagai cara atau jalan yang boleh dilakukan dalam mencari rezeki dan salah satu caranya melalui berniaga.

    Dalam agama Islam sendiri menuntut umatnya untuk mencari rezeki melalui jalan yang baik dan halal bagi memenuhi tuntutan dan keperluan hidup sama ada untuk diri sendiri atau tanggungan. Namun, jika barang yang diniagakan didapati daripada sumber tanpa keizinan pemiliknya adakah dianggap usaha? Sebagai contoh mengambil buah-buahan seperti kelapa dari halaman rumah orang lain secara tanpa keizinan untuk dijual.

    Hal ini berlaku pada saya sendiri, surat pembaca ini bukanlah saya cuba membesarkan isu mengambil buah kelapa namun tentang mereka yang memasuki halaman rumah saya tanpa keizinan dari saya. Perkara ini berlaku ketika saya baru saja pulang selepas membeli-belah bersama keluarga saya dan setibanya di rumah terdapat sebuah kereta diletakkan di antara rumah saya dan jiran sebelahnya dan menyangka ia tetamu jiran berkenaan.

    Tiba-tiba saya dikejutkan bunyi benda gugur di belakang rumah dan saya bergegas melihatnya dan saya amat terkejut seseorang tidak dikenali menaiki pokok kelapa saya lalu mengarahkannya untuk turun.

    Saya bertanya kepada beliau, siapa yang mengizinkan beliau mengambil kelapa berkenaan dan beliau menyatakan ada orang di dalam rumah sudah mengizinkannya walhal kami sekeluarga baharu saja balik ke rumah dan tiada sesiapa yang tinggal.

    Berniaga itu indah

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...