Carlos Ortiz tarik diri kerana cedera bahu

WASHINGTON, 10 NOV – Juara bertahan, Carlos Ortiz dari Mexico dan Emiliano Grillo dari Argentina menarik diri daripada Kejohanan Terbuka Houston jelajah PGA AS kelmarin.

Ortiz menarik diri kerana kecederaan bahu kiri, berkata dia menghadapi kesukaran dengan sakit bahu sejak kunjungan ke Jepun bulan lepas.

“Saya pergi berjumpa doktor pagi ini dan dia mengesyorkan saya untuk tidak bermain dan saya mengambil masa untuk pulih,” kata Ortiz.

“Jadi saya fikir saya akan mengambil nasihatnya, supaya saya boleh mula kembali sihat pada Januari.”

Ortiz menarik diri daripada Kejohanan Zozo di Jepun tiga minggu lalu kerana kecederaan bahu.

Tetapi Ortiz menduduki tempat kedua minggu lalu di Kejohanan Mayakoba di Mexico, persembahan terbaiknya sejak memenangi satu-satunya gelaran PGA tahun lalu di Houston.

“Ini amat mengecewakan kerana saya tidak sabar untuk mempertahankan gelaran Jelajah PGA pertama saya,” kata Ortiz. “Saya berbesar hati untuk menjadi juara acara ini dan saya tidak sabar untuk kembali tahun depan.”

Ortiz dan Grillo digantikan oleh pemain AS, John Huh dan Max McGreevy.

Pemain-pemain dari luar AS telah memenagi lima gelaran PGA AS berturut-turut, satu daripadanya menyamai larian yang paling lama dalam rekod dari 2004 hingga 2008. – AFP

Aksi pemain golf dari Mexico, Carlos Ortiz membuat pukulan dari lubang ketujuh dalam pusingan akhir Kejohanan teknologi seluruh dunia Mayakoba pada 7 November. – AFP