Carlos Sainz menang Rali Dakar

QIDDIYA, 17 JAN – Pemandu veteran Sepanyol, Carlos Sainz menang Rali Dakar kali ketiga hari ini, menamatkan dengan margin selesa dalam pusingan pertama acara itu di Arab Saudi.

Pemandu berusia 57 tahun itu tiba di garisan penamat dalam peringkat ke-12 dan final dalam masa 6 minit 21 saat di hadapan pencabar dan juara bertahan, Nasser al-Attiyah dari Qatar yang berjaya mengurangkan 24 saat ketika Sainz mendahului pada Selasa, namun hari ini ketinggalan akibat kesilapan pemanduan.

“Saya merasa gembira. Saya banyak berusaha. Banyak berlatih dan memandu,” Sainz memberitahu laman web perlumbaan itu.

“Ia merupakan rali yang menjerihkan daripada awal lagi. Ia hebat, pertama kali di Arab Saudi dan sudah tentu kamu boleh sahaja memperbaikinya, namun ia adalah satu kejayaan hebat,” tambahnya.

Ditanya mengenai mempertahankan gelarannya tahun depan, Sainz berkata: Ia terlalu awal untuk memikirkannya, biar saya menikmati dulu kemenangan ini.” – AFP

Carlos Sainz (tengah) meraikan kejuaraan Rali Dakar 2020 di Haradh dan Qiddiya, Arab Saudi. – AFP