Tuesday, September 17, 2024
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Carrefour umum akan kembali ke India

    PARIS, 9 SEPT – Syarikat gergasi runcit Perancis, Carrefour, mengumumkan hari ini ia akan kembali ke India menjelang Jun 2025 dalam perkongsian francais dengan syarikat Dubai Apparel Group, selepas 10 tahun meninggalkan negara itu.

    Carrefour menarik diri daripada pasaran India pada 2014, menutup lima kedai borong selepas hanya empat tahun beroperasi di negara itu.

    Kumpulan pasar raya itu tidak menyatakan berapa banyak kedai yang boleh dibuka di India.

    “Dengan populasi lebih daripada 1.4 bilion, India ialah pasaran strategik yang didorong oleh pertumbuhan ekonomi, perbandaran dan kuasa beli pengguna yang semakin meningkat,” kata Carrefour dalam satu kenyataan.

    Pengarah Eksekutif Perkongsian Antarabangsa Carrefour, Patrick Lasfargues berkata, “Langkah itu adalah penting dalam strategi syarikat untuk mengembangkan francais kami di lebih 10 buah negara baharu menjelang 2026.”

    Carrefour mempunyai lebih 14,000 kedai di lebih 40 negara.

    Apparel Group, sebuah syarikat peruncitan fesyen dan gaya hidup, sudah pun bertapak di India di mana ia menggaji 24,000 orang. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda