Tuesday, September 26, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Carrie Lam umum berundur Jun kelak

    HONG KONG, 4 APRIL – Pemimpin Hong Kong, Carrie Lam (gambar) mengumumkan hari ini bahawa beliau akan berundur pada Jun kelak, menamatkan satu penggal memecahbelahkan yang menyaksikan bantahan demokrasi ganas dan kekangan pandemik ketat mengheret hab perniagaan itu ke dalam pengasingan antarabangsa.

    Menamatkan berbulan-bulan spekulasi, Lam mengesahkan beliau tidak akan bertanding penggal kedua apabila sebuah jawatankuasa elit politik bandar itu memilih seorang ketua baharu bulan depan.

    “Saya akan melengkapkan penggal lima tahun sebagai ketua eksekutif pada 30 Jun dan secara rasminya menamatkan kerjaya 42 tahun saya dalam kerajaan,” Lam memberitahu wartawan.

    Menurut Lam, pemimpin China ‘memahami dan menghormati’ pilihannya untuk tidak bertanding sepenggal lagi dan beliau mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarganya.

    Ketua eksekutif berusia 64 tahun itu sudah mengelak persoalan mengenai masa depannya selama berbulan-bulan dan semasa pengumuman hari ini, mendedahkan bahawa beliau sudah memaklumkan Beijing rancangannya untuk berundur lebih setahun lalu.

    Seorang birokrat berkerjaya, Lam menjadi pemimpin wanita pertama Hong Kong dalam 2017 namun beliau kini meninggalkan legasinya dengan kadar rating yang amat rendah. – AFP

     

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun lulus ubat Alzheimer oleh Eisai & Biogen

    TOKYO, 26 SEPT - Kementerian kesihatan Jepun pada kelmarin meluluskan pengeluaran dan penjualan ubat untuk penyakit Alzheimer yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Jepun Eisai...