Carsome peroleh dana AS$50 juta

KUALA LUMPUR, 16 DIS – Carsome telah memuktamadkan pusingan pendanaan ekuiti Siri C AS$50 juta membabitkan pelabur global yang akan digunakan bagi memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju dagangan kereta terpakai secara dalam talian di rantau ASEAN.

Menurut kenyataan syarikat itu, dana tersebut akan dimanfaatkan bagi memantapkan kedudukannya di pasaran Malaysia, Indonesia dan Thailand menerusi pengembangan meliputi lebih banyak bandar di Asia Tenggara selain meningkatkan tawaran produk-produk pembiayaan untuk para pengedar dan pelanggan yang akan dilancarkan dalam tempoh 12 bulan akan datang.

“Carsome mewujudkan rekod pencapaian terbukti berjaya dari segi portfolio pinjaman sejak setahun lalu dan bersedia untuk meningkatkan kerjasama. -Bernama