LISBON, 25 Jun – Bruno de Carvalho, presiden Sporting Lisbon yang dibelenggu krisis, berkata semalam dia akan bersara selepas penyokong mengundi bahawa beliau harus meletak jawatan.
“Bagi diri saya, ia sudah berakhir,” kata De Cavalho di laman Facebook semalam. “Saya meletak jawatan daripada kelab selama-lamanya.”
Satu mesyuarat agung yang dihadiri oleh 9,400 anggota pada Sabtu mengundi sebulat surat dengan 71 peratus meminta peletakan jawatan presiden berusia 46 tahun itu.
‘Socios,’ atau stakeholder peminat dalam kelab, melantik seorang bekas presiden Jose Sousa Cintra, 73 tahun, untuk menyelia jawatan presiden kelab sehingga pemilihan baharu diadakan pada September.
“Sporting sekali lagi merupakan sebuah kelab di mana orang boleh berasa yakin,” kata Sousa Cintra.
“Dan mereka yang telah meninggalkan kami boleh pulang, keluarga sudah bersatu semula dan ia adalah isu utama,” tambahnya.
De Carvalho, yang dipilih pada tahun 2013 dan dipilih semula pada 2017, telah dipersalahkan atas hubungan toksik dengan pemain yang berakhir dalam satu serangan oleh peminat bertopeng dan bersenjata di pusat latihan pada pertengahan Mei.
Dia digantung sebagai presiden pada minggu lalu oleh jawatankuasa kelab namun enggan meletak jawatan.
Kelab akan mengadakan pemilihan presiden baharu pada 8 September.
“Saya bukan lagi seorang anggota Sporting,” tulisnya dalam kenyataan 740 patah perkataan di Facebook, berkata beliau tidak ‘akan kembali ke tempat duduk’ dan akan menghantar surat peletakan jawatan sebagai anggota pada hari ini akan menamatkan ‘46 tahun cinta hangat.’
De Cavalho, bekas pemimpin kumpulan peminat ultra, mengadu kelab mahu menjadi lebih ‘populis’ tetapi beliau telah dihalau oleh ‘elit.’ Beliau juga berkata beliau telah ‘ditipu’ oleh ‘gabungan mereka yang tidak berfikir’.
Krisis dalam kelab bermula apabila Sporting tewas dalam perlawanan Liga Europa kepada Atletico Madrid pada April dan De Cavalho mengkritik teruk pemain di Twitter. – AFP